Zaman sekarang ni memang ramai yang buat DUA kerja atau lebih bagi menampung keperluan hidup yang semakin meningkat. Kita bukanlah bertuhankan duit, namun duit sekarang ni dah jadi satu keperluan. Nak keluar rumah je memang perlukan duit. Malah dalam rumah pun (kalau shopping online…hehe). Sebab tulah ramai yang buat bisnes untuk mencari pendapatan tambahan.
Sebut pasal bisnes ni, macam-macam bisnes yang boleh dilakukan. Terpulang kepada kecenderungan dan mana yang bersesuaian. Ada yang menjual barang, menyediakan perkhidmatan, tak kurang juga secara dropship.
Kenapa Shaklee Menjadi Satu Pilihan Bisnes Terbaik
Awal-awal haritu saya terjebak dengan Shaklee ni sebab kebetulan ambil cuti panjang menjaga anak. Sambung terus lepas pantang. Lepas tu cari pula sesuatu yang boleh isi masa lapang dan boleh tambah pendapatan.
Lagipun, bila guna ESP, best pula terasa. Masa anak kedua dulu, dengan ESP, saya dapati keguguran rambut saya semakin berkurangan. Jadi, apa salahnya kongsi kebaikan semua produk yang ada kan?
Hak yang menjadi kriteria utama saya memilih Shaklee untuk berbisnes pada waktu itu kerana ianya boleh dilakukan secara dropship (masa tu takde kereta sendiri lagi). Tak perlu keluar rumah. Lagipun, bila Shaklee ni sangatlah kids and family friendly, terus kujatuh cinta.
Bila dah lama dalam Shaklee ni, rupa-rupanya banyak kejutan best yang ramai orang luar tak tahu pasal Shaklee ni. Kalau tahu, mesti teruja. Di antaranya ialah seperti berikut:-
1) Diterajui Oleh Saintis
Semua produk yang dihasilkan oleh pihak Shaklee adalah daripada hasil kajian doktor dan saintis berkelulusan PhD. Siap diterajui oleh saintis bertaraf tertinggi, yang mana pernah dianugrerahkan Nobel Prize Winner.
Maknanya semua produk Shaklee ni dibina oleh pakar-pakar saintis yang bertungkus-lumus sepanjang masa melakukan pelbagai jenis ujikaji di makmal Shaklee Amerika Syarikat sana.
Saintis-saintis tu pulak, bukan calang-calang kelulusan mereka. Bukan main tangkat muat jer. Mereka semua dah mempunyai berpuluh-puluh tahun (tahun ye!) pengalaman dalam industri pemakanan dan kesihatan. Kelulusan mereka ni, paling cikai pun PhD, bukan yang paling bagus PhD ye.
2) Pelbagai Jurnal Mendapat Pengiktirafan Saintis Luar
Oleh kerana semua saintis kat Shaklee ni bijak, hebat lagi power mereka ni, maka hasil kajian mereka didokumentasikan di dalam bermacam-macam jurnal antarabangsa. Ni dah jadi bukti kukuh hasil penemuan hebat mereka berhubung produk Shaklee ni kan?
Jurnal-jurnal tu pulak bukan staf Shaklee je yang syok sendiri, tetapi telah mendapat pengiktirafan daripada saintis yang tidak ada kaitan langsung dengan Shaklee. Maknanya bukan yang bekerja dengan Shaklee. Ada berani ke nak buat macam ni? Jemput orang luar yang mungkin boleh jadi pesaing untuk buat ujikaji produk kita?
Tak seperti kebanyakan produk nutrisi yang berlambak-lambak kat pasaran, kan, sukar sangat kita nak cari yang produk mereka mendapat pengiktirafan oleh saintis di luar syarikat sendiri, ye tak?
3) Atlet Sukan Extreme Dikuasakan Dengan Shaklee
Apabila produk Shaklee ni telah digunakan oleh individu dan atlet yang terlibat dengan kerja, aktiviti dan sukan yang paling extreme, nah, inilah bukti yang paling nyata bahawa produk-produk Shaklee ni betul-betul bagus. 2 thumbs up gitu! Lepas tu, takde langsunglah pulak atlet-atlet Shaklee ni kantoi ujian dadah dalam badan macam kes Dato’ Lee Chong Wei tu, oopsss!
So, kalau Shaklee ni dah terbukti berkesan untuk orang yang paling extreme, tentulah lagi-lagi terlebih berkesan dengan diri kita yang bersukan pun macam jarang bebenor ni kan? kikikiki
4) Ternyata Berkesan & Ramai Jatuh Cinta
Sebelum orang Malaysia, orang lain dah cuba dulu kutuk-kutuk, burukkan produk Shaklee, cuba calarkan imej Shaklee dan sebagainyalah. boleh dikatakan, setiap tahun akan timbul isu panas malah yang berulang pasal Shaklee ni.
Namun, disebabkan produk Shaklee ni memang bagus dan ternyata berkesan, mereka dah habis idea nak kutuk ikut celah mana dah. Terpaksalah mereka akur yang Shaklee ni memang bagus. Lepas tu siap jatuh cinta lah pulak 😛
Kalau nak jadi pegawai penyiasat kejap, cuba tanya pemilik produk-produk yang mana kita tahu yang bersepah kat pasaran tu. Diaorang guna tak segala produk yang diaorang jual tu. Kebanyakkan sendiri pun tak berani nak pakai sebab dah tahu produk mereka mempunyai bahan berbahaya seperti paraben dan sebagainya. Penyebab kanser tu. Takuttt!!! Try lah tanya diaorang.
Ni belum dikira lagi peluang perniagaan serta pelbagai manfaat yang bakal diperolehi oleh mereka yang serius berbisnes dengan Shaklee. Salah satunya ialah 3C iaitu Cash, Car (dalam bentuk wang tunai) dan Convention (percutian dalam atau luar negara bertaraf 6 bintang). Aset yang paling bernilai juga adalah perniagaan Shaklee ni boleh diwarisi. Tak ler kalau kita meninggal, bisnes ni pun turut terkubur sama. Produk Shaklee pun halal dan pernigaan Shaklee ni pun patuh shariah.
Kalau nak tahu apa-apa pasal Shaklee atau berminat nak jadi ahli, contact saya tau 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
memang ramai orang join shaklee.
kat pejabat, ramai yang dok promosi aje. hehe
titan recently posted…88 Program Affiliate yang sesuai untuk BLOGGER Malaysia – Edisi 2016
Ooo tapi ni bukan promosi, ni sharing je…hikhik
kawan2 ramai jadi ahli shaklee..ada yang jadi ahli sebab senang nak beli dgn harga ahli..cuma part yang tak best bila ada sesetengah (tak semua ye) memaksa beli..salah teknik nak promosi produk..
Memang tak patut n tak best paksa-paksa orang. Nanti berkawan pun dah tak best