• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Semua orang sudah tahu kepentingan vitamin kan? Kenapa badan kita perlukan vitamin dan mineral pun dah terjawab pada entri saya yang lepas.

 

Hari ni saya nak share kan apa vitamin yang saya dah ambil lepas sarapan pagi tadi. Tadaaa!!!

 

 

Supplement Shaklee Terbaik

 

1) B Complex

B Complex ni saya ambil 1 biji jer. B Complex sangat bagus untuk kesihatan saraf. Saraf ni pula adalah sangat penting untuk kelancaran sistem tubuh kita secara menyeluruh.

 

Lagipun B Complex ni bantu kurangkan kulit berminyak. Dah nama orang perempuan kan, walaupun saya ni jenis sempoi jer tapi kalau bab-bab cantik ni, saya pun suka! hehehe

 

 

2) Lecithin

Lecithin saya ambil 2 biji. Tadi ada popia daging korban yang saya goreng untuk tetamu semalam. Sayang kalau buang, nanti membazir.

 

Jadi Lecithin ni akan tolong menghalang lemak dan minyak popia yang saya makan tu melekat pada salur darah. Boleh makan tanpa rasa bersalah…yezzzaaa!!!

 

3) Omega Guard

Saya ambil 1 biji. Pagi-pagi dah makan makanan bergoreng, jadi Omega ni pun tolong Lecithin buat kerja. Ala-ala teamwork gitu! Omega ni lagi power sebab ia bantu singkirkan lemak-lemak lama yang melekat pada salur darah.

 

4) SR Vita-C Plus

Saya ambil 3 biji tadi. Vitamin C ni kaya anti-oksidan. Jadi kita sediakan tubuh kita dengan pendinding (shield) dari radikal bebas tak kira yang dah ada dalam badan atau pencemaran dari luar.

 

Vitamin C ni pun bantu tingkatkan imun tubuh untuk lawan penyakit. Kalau demam, batuk, selsema, sangatlah disyorkan ambil Vitamin C ni.

 

Nak lagi best, Vita-C Shaklee ni ada kolagen. Kolagen kan bantu kulit anjal, awet muda, so, mestilah kene suka jugak….hahaha

 

5) VitaLea

VitaLea ni saya ambil 2 biji. VitaLea adalah multivitamin yang sangat famous sebagai pembekal tenaga. Hujung minggu macam hari ni ni, lagilah lah kene jadi ironwomen sebab banyak urusan yang nak kene settle.

 

6) Alfafa Complex

Alfafa saya ambil 5 biji. Alfafa ni walaupun boleh juga diambil oleh orang lelaki, tapi ia jadi produk Shaklee kegilaan ramai kaum wanita. Selain untuk detox tubuh, ia boleh jadi milk booster, masker, jamu wanita dan banyak lagi.

 

Oh ye, kalau kita ada masalah berat badan dan kulit muka yang sampai sudah tak settle lagi, ambillah Alfafa ni. Mungkin badan penuh toksin, jadi sia-sia jer makan pelbagai jenis supplement.

 

Bilangan pengambilan dan cara makan ni berbeza atas setiap individu. Ia bergantung kepada masalah kesihatan mana yang nak diselesaikan atau keperluan tubuh masing.

 

Air kosong jangan lupa minum. Selalunya saya suka letak air kosong dalam bekas air 1 liter. Satu letak kat laptop, satu kat tempat solat. Time ni selalunya saya minum air banyak. Kalau dapat 2-3 botol sehari memang sangat bagus.

 

 

Supplement Shaklee Terbaik

 

Jadi kalau anda berminat untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee yang terjamin berkesan, selamat, semulajadi dan mesra alam sokmo-sokmo ni, jangan lupa hubungi saya tau.

 

Berilah peluang tubuh anda menjadi sihat agar dapat digunakan ke arah yang lebih bermanfaat.

 

Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Vitamin Yang Saya Ambil Pagi Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge