Sihat ceria seorang wanita, maka aman bahagialah sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Betapa besarnya impak kesihatan fizikal dan mental seseorang wanita terhadap persekitaran mereka, kan? Kesihatan wanita ni sama juga dengan semua orang. Kalau nak jaga, peratus yang paling besar adalah daripada pemakanan harian. Namun tahukah anda yang terdapat vitamin untuk wanita daripada sumber semulajadi yang mampu menyokong kesihatan mereka?
Di antara vitamin untuk wanita yang sangat bagus untuk diamalkan adalah Vita-Lize, GLA, Omega Guard dan Ostenutrix.
Vitamin Untuk Wanita #1: Vita-Lize
Vita-Lize merupakan multivitamin yang diperlukan oleh semua orang termasuklah kaum wanita. Setiap hidangan Vita-Lize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting. Dua tablet Vita-Lize mengandungi 600 mcg Asid Folik dan Vitamin B. Vita-Lize turut dilengkapkan dengan sistem salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan Asid Folik pada tahap paling optimum.
Di antara kebaikan mengambil multivitamin (Vita-Lize) setiap hari adalah:
1. Mengisi jurang nutrisi.
Memandangkan gaya hidup zaman sekarang ni, ramai wanita yang terlalu sibuk, sering tertekan, kurang berat badan, aktif, diet tidak seimbang malah ada ibu hamil dan menyusu anak mengakibatkan badan tidak mendapat keperluan nurisi yang mencukupi. Dengan pengambilan Vita-Lize secara konsisten setiap hari, ianya dapat menampung kelompongan nutrisi yang berlaku.
2. Meningkatkan tahap tenaga.
Dengan gabungan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti Iron (Zat Besi) dan Vitamin B Complex menjadikan Vita-Lize dapat berfungsi sebagai energy booster. Zat besi berperanan penting dalam pembentukan tenaga di dalam sel. Manakala Vitamin B Complex bertindak menukarkan gula kepada tenaga. Orang yang nak kurus pun bagus amalkan pengambilan Vita-Lize ni. Apabila gula ditukarkan kepada tenaga, kuranglah risiko lemak berkumpul dalam badan. Tambahan pula kalau kita mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sentiasa aktif.
3. Menambah baik mood.
Gabungan pelbagai VitaminB, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K menjadikan mood seseorang wanita itu lebih stabil dan tenang. Secara tidak langsung, ia bagus untuk kesihatan mental seseorang terutamanya golongan wanita. Kalau selalu cepat melenting dan sukar mengawal perasaan, cuba amalkan Vita-Lize ni. Kita pun tak mahu asyik menyesal kerana sering menyinggung perasaan orang lain akibat emosi kita yang tak terkawal kan?
4. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
Kajian mendapati bahawa isu tekanan perasaan dan kebimbangan melampau juga mempunyai kaitan dengan kekurangan nutrisi dalam badan. Di antara vitamin yang boleh meredakan tekanan dan kebimbangan yang terdapat dalam Vita-Lize ialah Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalsium, Magnesium, Zinc, Kalium, Selenium dan banyak sangat membantu isu ini.
Vitamin Untuk Wanita #2: GLA
Gamma Linoleik Acid (GLA) merupakan asid lemak Omega-6 yang diperlukan oleh tubuh. Ia bertindak menghasilkan prostaglandin yang bertindak menstabilkan hormon dan mengawalatur proses badan yang normal. Secara umumnya kita tidak digalakkan mengambil Omega-6 secara berlebihan kerana boleh menyebabkan keradangkan dan perlu diseimbangkan dengan pegambilan Omega-3. Berita baiknya, kandungan Omega-6 di dalam GLA bersifat anti-radang.
Di antara kebaikan GLA untuk wanita melalui penstabilan hormon ialah:
1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid normal.
2. Meningkatkan kesuburan wanita.
3. Melegakan gejala Pre-Menstuatation Syndrome (PMS).
4. Membantu dalam menangani menopause.
5. Menguatkan kuku dan rambut.
6. Memudarkan kesan jeragat sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
7. Membantu menangani ekzema.
8. Melegakan simptom yang berlaku akibat Rhematoid Arthritis.
9. Mengawal tahap gula dalam darah.
Vitamin Untuk Wanita #3: Omega Guard
Omega Guard merupakan suplemen yang tinggi kandungan Omega-3 yang sememangnya terkenal dengan sifat anti-radangnya. Omega Guard merupakan minyak ikan tulen yang bebas daripada pencemaran logam berat seperti merkuri.
Omega Guard merupakan salah satu supplement terbaik yang sangat disyorkan untuk diamalkan oleh para wanita kerana khasiatnya iaitu:
1. Membantu menstabilkan protein dalam kulit bagi memastikan kulit menjadi anjal serta memberikan kesan awet muda.
2. Membantu menambah tahap kalsium dalam badan dan meningkatkan kepadatan tulang.
3. Bersifat anti-radang sekaligus membantu melegakan sakit ketika haid
4. Mengurangkan risiko kanser payudara.
5. Membantu mengurangkan risiko keguguran berulang.
6. Mengawal bacaan kolestrol sihat.
7. Menstabilkan tekanan darah.
8. Membantu menurunkan berat badan.
9. Menyokong kesihatan jantung.
Vitamin Untuk Wanita #4: Ostenutrix
Ostenutrix merupakan supplement yang menjadi pilihan dan patut sangat diamalkan oleh semua wanita tidak kira peringkat umur dan gaya hidup mereka. Ostenutrix telah melalui improve formula yang sebelum ini dikenali sebagai Ostematrix. Ostenutrix dikenali juga sebagai vitamin tulang. Di antara komponen utama Ostenutrix ialah Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Kuprum, Zink dan Mangan.
Kalsium merupakan bahan asas dalam membina tulang. Magnesium berfungsi untuk menghantar kalsium kepada tulang. Vitamin D pula bertindak merangsang penyerapan Kalsium. Boron akan membantu metabolisme tulang seterusnya Kuprum, Zink dan Mangan bertindakbalas mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.
Wow sangat dengan formulasi baru Ostenutrix ni. Setiap komponen nutrisi yang ada saling melengkapi untuk membolehkan nutrisi yang diperlukan oleh tulang kita dapat diserap dan berfungsi secara optimun. Di antara manfaat Ostenutris kepada kesihatan wanita secara khasnya ialah:
1. Menguatkan dan menyihatkan gigi dan tulang.
2. Membantu kesihatan sendi.
3. Membantu mengurangkan senggugut (kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan Kalsium yang mencukupi, dengan Kalsium yang mencukupi, kita tidak mudah senggugut, mengalami retensi air).
4. Membantu mengurangkan asid perut berlebihan, sekaligus mengatasi masalah gastrik.
5. Membantu mengatasi kejang otot, kebas, lenguh, simpul biawak, sakit belakang dan sakit badan (sangat bagus untuk ibu mengandung).
6. Mengurangkan risiko osteoporosis (tulang rapuh).
7. Membantu tidur lebih lena.
8. Bertindak sebagai pelawas.
9. Meringankan stress dan kemurungan.
10. Membekalkan tenaga, sangat sesuai untuk wanita yang sibuk dengan urusan harian atau bekerja.
11. Membantu menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada pada tahap yang normal.
12. Membantu pengurusan badan dalam proses pembakaran lemak.
13. Membantu merendahkan kadar kandungan Fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggang kronik.
Ni semua adalah sebahagian kecil daripada manfaat vitamin untuk wanita. Dengan mengetahui khasiat dan kebaikan empat jenis vitamin untuk wanita ni pun kita dah rasa teruja kan. Bagi wanita yang mungkin mempunyai isu-isu kesihatan yang berkaitan, tak salah untuk mula cuba mengamalkan empat jenis vitamin ni. Kalau kita rasa badan kita sedia sihat, sangat disyorkan untuk konsisten vitamin untuk wanita ni sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar dalam memastikan kesihatan kita berada pada tahap optimum.
Jika berminat nak try Set Vitamin Untuk Wanita ni, hubungi KIM segera ya.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri
Vitamin sememangnya penting untuk seorang wanita agar sentiasa sihat dan menawan. Raikan wanita mu dengan keperluannya agar sentiasa berbahagia.