• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Kalau kita pergi ke mana-mana farmasi nak cari Vitamin C, contohnya, atas rak tu mesti akan jumpa bermacam-macam jenis Vitamin C pelbagai brand. Tapi kebanyakkannya adalah Vitamin C Sintetik. Walaupun kita tahu yang vitamin sintetik ni tidak elok untuk kesihatan, tapi masih ramai lagi yang beli sebab ianya lebih murah (walaupun tak murah mana sebenarnya).

Kalau ada label “natural/organik” sekalipun, kadang-kadang tu, masih terdapat bahan tambahan seperti perasa atau pewarna tambahan.

 

 

cara dapatkan vitamin semulajadi

 

 

Bahaya Vitamin Sintetik

Vitamin sintetik bahaya nya sebab ada residue.

Sebagai contoh, vitamin E, nama Vitamin E adalah alpha tocopherol.

Nak buat vitamin E jenis sintetik, saintis perlu buat beberapa proses ke atas bahan kimia untuk menyerupai vitamin E semulajadi.

Tapi dah nama nya ‘vitamin buatan’, ia tidak sesempurna yang semulajadi.

Proses sekali dua kali berpuluh kali ini akan menyebabkan residue yang badan tak perlukan – terhasil.

Vitamin E Sintetik tetap akan hasilkan Alpha tocopherol. Tetapi ia juga hasilkan beta tocopherol dan gamma tocopherol yang tidak diperlukan oleh badan.

Agak susah untuk saintis asingkan beta dan gamma tocopherol ini sebab rupa mereka seakan-akan sama dengan alpha tocopherol.

Rupa je seakan sama, tapi fungsi tak sama.

Bila kita makan vitamin E sintetik ini, badan hanya akan serap alpha tocopherol tadi.

Yang Beta dan gamma tocopherol, akan tersimpan dalam badan dan mendatangkan penyakit dalam jangka masa panjang.
Vitamin semulajadi pula dihasilkan direct dari sumber.
 

Penghasilan Vitamin Semulajadi vs Vitamin Sintetik

Contohnya dalam daun A ada vitamin E yang manusia perlukan.

Tetapi sebenarnya bahan aktif (vitamin E) tersebut hanya sedikit sahaja di dalam daun tadi.

Saintis perlu proses daun tadi (extract) supaya dapat vitamin E sahaja, benda lain tak nak.

Proses ini amat rumit dan leceh sebab walaupun dah kumpul 1 kg daun sekalipun, biasanya vitamin yang dapat terhasil hanya beberapa mg.

Tak sampai puluh mg pun.

Sebab itu kebanyakan syarikat tak mahu buat vitamin semulajadi sebab ianya makan kos.

Kalau buat vitamin sintetik, jimat.

Tetapi itu lah, vitamin semulajadi tiada residue yang bakal merosakkan badan.

Ia hanya mengandungi vitamin yang badan perlukan dan badan boleh serap.

Kalau contoh vitamin E, vitamin semulajadi hanya ada Alpha tocopherol – Beta dan gamma tiada sebab ambil direct dari sumber semulajadi tadi.

Pernah tak tengok cerita Victor Frankenstein yang nak cipta manusia.

Hasilnya, bukan manusia yang jadi, tapi monster – ada banyak unnecessary things produced, dan merosakkan.

Lebih kurang begitu analogi untuk vitamin sintetik (buatan).
Jadi, untuk menjaga kesihatan, contohnya nak cegah atau merawat penyakit kronik, pilihlah vitamin semulajadi sahaja. Shaklee adalah 100% semulajadi.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge