Bakal masuk ke pasaran Malaysia, Vita-Lize iaitu multivitamin Shaklee berwajah baharu yang menggantikan Vita-Lea. Vita-Lea ni merupakan multivitamin yang mempunyai formula iron yang boleh diambil oleh semua golongan orang dewasa.
Sejarah Penghasilan Vita-Lea
Dr. Forrest C. Shaklee melalui beberapa fasa pengalaman penyakit kronik sepanjang kehidupan beliau sejak dari kecil lagi. Menurut doktor yang merawat beliau, penyakit yang beliau hadapi bakal meragut nyawa beliau dalam waktu terdekat. Namun, atas usaha dan kepercayaan keluarga beliau, mereka telah berpindah dari kota ke kawasan desa.
Ibu bapa Dr. Shaklee telah mengambil langkah drastik untuk mengubah life style mereka. Berada dekat dan bermesra dengan alam semulajadi serta mengamalkan pengambilan real food serta makanan organik dalam ikhtiar mengubati Dr. Shaklee. Dipendekkan cerita, Dr. Shaklee sembuh sepenuhnya daripada penyakit kronik yang beliau hidapi. Jauh meleset daripada jangkaan doktor. Jadi beliau sangat berkeyakinan yang alam boleh memberi yang terbaik dalam kesihatan manusia sejagat.
Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk memberi peluang kepada lebih ramai orang dapat hidup secara sihat tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan sintetik, beliau telah menghasilkan multivitamin yang dikenali sebagai ialah Vitalized Mineral. Vitalized Mineral ni dihasilkan dalam bentuk cecair semasa diperkenalkan pada tahun 1915 oleh Dr. Shaklee. Multivitamin tersebut dibangunkan sebelum penubuhan syarikat Shaklee pun lagi.
Dr. Shaklee telah mengasaskan Shaklee Coorporation pada tahun 1956 atas dasar keyakinan dan kepercayaan yang sangat tinggi bahawa kuasa bahan-bahan semulajadi dan keupayaan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Keyakinan ini juga tertanam apabila beliau sendiri dapat sembuh daripada beberapa siri penyakit kronik yang disahkan bakal meragut nyawanya dalam jangka waktu yang singkat.
Dr. Shaklee merupakan perintis dalam bidang pemakanan dan supplement, dan beliau telah mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat dan dipercayai antara multivitamin semulajadi antara pertama di dunia. Pada tahun 1960, Shaklee Coorporation telah melancarkan produk utamanya, Vita-Lea yang dengan pantasnya telah menjadi asas kepada rangkaian produk supplement syarikat tersebut.
Vita-Lea telah dibangunkan untuk menyediakan nutrien penting dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum badan. Formula asal Vita-Lea mengandungi 12 jenis vitamin dan 8 jenis mineral. Seiring dengan perubahan masa, produk Shaklee melalui proses inovasi dan mengemaskini formulanya. Ini merupakan bukti kukuh yang Shaklee sangat serius menjalankan penyelidikan saintifik bagi memenuhi keperluan pemakanan penggunanya yang sentiasa berubah mengikut zamannya.
Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize. Vita-Lize akan mula dipasarkan di Malaysia pada bulan Jun 2023 ini. Kesungguhan Shaklee dalam menghasilkan supplement terbaik ini memang mengagumkan.
Kesan Kekurangan Mikronutrien
Kebaikan Vita-Lize Shaklee
Sememangnya Vita-Lize ni boleh memberi kebaikan kepada kesihatan seluruh badan, namun kita boleh bahagikan manfaat Vita-Lize ni kepada tiga kategori utama iaitu kesihatan dan kesejahteraan am, pencegahan penyakit dan peningkatan prestasi:
1. Kesihatan dan Kesejahteraan Umum
Vita-Lize berfungsi membekalkan pelbagai jenis vitamin dan mineral penting dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Vitamin dan mineral penting seperti Vitamin A, B, C, E dan B12 menyokong dan meningkatkan penghasilan tenaga, fungsi kognitif, kesihatan tulang, kesihatan jantung dan sistem imun yang sangat penting. Selain daripada itu, Vita-Lize juga turut menyediakan nutrien penting yang mungkin kurang didapati di dalam diet harian kebanyakan individu seperti Zink, Magnesium dan Selenium.
2. Pencegahan Penyakit
Vita-Lize mempunyai kandungan nutrien yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kronik yang sering melanda kita. Vitamin D dan Kalsium umpamanya telah ditunjukkan mampu membantu mengurangkan risiko serangan osteoporosis dan patah tulang. Manakana Selenium, Zink dan Vitamin E telah dibuktikan mempunyai sifat antioksidan yang mampu membantu mencegah penyakit berbahaya seperti kenser, jantung dan penurunan kognitif.
3. Meningkatkan Tenaga
Multivitamin dan multimeineral Vita-Lize mampu bertindak meningkatkan tenaga dan mengurangkan risiko kekurangan nutrien dalam badan. Kandungan Vita-Lize berfungsi dalam proses penjanaan tenaga, fungsi otot serta pemulihan tubuh badan. Selain daripada itu, beberapa nutrien penting seperti Vitamin C dan Vitamin E telah dibuktikan dapat mengurangkan kesan kesakitan otot, keradangan dan tekanan oksidatif, sekaligus dapat meningkatkan pemulihan dan prestasi senaman serta aktiviti fizikal bagi golongan yang aktif.
Siapa Boleh Ambil Vita-Lize?
Multivitamin dan multimineral Vita-Lize ni sesuai diambil oleh sesipa sahaja orang dewasa dari semua peringkat umur dan gaya hidup masing-masing. Vita-Lize paling sesuai diambil oleh golongan yang sukar untuk mendapatkan keperluan nutrien harian yang perlu diambil akibat kekangan hidup dari segi masa, pekerjaan atau life style mereka. Selain itu, Vita-Lize juga sangat diperlukan oleh mereka yang mempunyai peningkatan keperluan nutrisi harian ekoran beberapa faktor seperti prestasi sukan, kehamilan, penyakit, tekanan dan umur.
Golongan yang hamil contohnya, akibat alahan yang melampau, mereka mengalami kekurangan nutrisi dan keletihan kronik. Keadaan ini boleh membahayakan si ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi Vita-Lize boleh diamalkan bagi menampung isu kekurangan nutrisi golongan ini. Di samping itu, Vita-Lize juga boleh diambil oleh vegetarian dan vegan.
Persamaan Vita-Lize Dengan Makanan Harian
Vita-Lize Supplement Mesti Cuba
Sekiranya rasa masih buntu nak cuba supplement yang mana satu, bermulahlah dengan Vita-Lize ni. Vita-Lize ni adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita. Vita-Lize boleh diamalkan oleh semua peringkat usia orang dewasa tak kira apa sahaja cara hidup mereka. Ekoran kerana kita sering berisiko untuk mengalami kekurangan nutrisi daripada pemakanan harian kita, Vita-Lize menjadi penyelamat buat kita. Kemampuan Vita-Lize untuk membantu menyokong kesihatan dan kesejahteraan am, mencegah penyakit serta meningkat tenaga sangat diperlukan oleh kita semua.
Hubungi KIM untuk dapatkan Vita-Lize yang fantastic ni tau.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri
0 thoughts on “Vita-Lize Wajah Baharu Multivitamin Shaklee”