Menjalankan sesuatu bisnes ni memang banyak cabarannya, tidak kiralah dari dalam diri sendiri atau dari segi luaran.
Walaupun terdapat pelbagai cabaran daripada luaran seperti persaingan, andaian tidak benar pihak lain, namun, cabaran yang lebih utama adalah melawan rasa bosan melakukan perkara yang sama, konsisten serta menangkis segala suara anak kecil yang negatif dan kemalasan diri.
Yang sering menjadi pegangan saya apabila rasa down adalah kata-kata perangsang daripada suami saya tidak kira dalam bentuk nasihat atau gurauan sinis ?
Walaupun suami saya tidak terlibat secara langsung dalam bisnes Shal€€ ni, tapi restu daripada beliau sudah cukup bagi saya.
Ditambah pula kesudian beliau tolong hantar saya buat COD barang jika berkelapangan sewaktu hujung minggu pun dah buat saya gembira sangat-sangat.
Bila tengok beliau teruja saya dapat customer, khasnya boleh bantu orang, lagilah saya bersemangat rasanya.
Tapi kadang-kadang tu, ada juga saya terima gurauan sinis. Dalam duk bergurau tu, kalau nampak macam saya takde hasil sangat, beliau suruh saya tukar haluan jer.
Ishh, mana boleh!
Lagi tercabar rasa sebenarnya….hehehe.
Semoga impian kami terhadap apa yang dirancang bersama selama ini akan tercapai.
Mak saya pun sentiasa positif dengan saya setiap kali saya bercerita pasal bisnes ni. Boleh sokmo gitu!
Yang pastinya, saya sangat yakin doa suami, ibu bapa dan keluarga sentiasa mengiringi saya untuk bergerak lebih maju ke hadapan.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Tetap semangat kak, kisahnya bagusnya naik-turun dalam berusaha itu sudah biasa.
vinyl lantai recently posted…MIPOLAM ROBUST
Sudah semestinya itu asam garam kehidupan.