Ada ke pengunjung blog myliferia.my ni yang tinggal di Dengkil, Jenderam atau Putrajaya? Kalau tinggal di persekitaran sini dan nak dapatkan produk Shaklee atau nak tahu tentang peluang jana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi KIM segera. KIM pengedar Shaklee area sini tau. Asalnya KIM tinggal di Putrajaya. Jadi majoriti customer KIM dari kawasan sekitar Putrajaya. Yang tak dapat nak dihantar by hand, KIM order secara online jer ke seluruh Malaysia.
Sekarang ni KIM dan berpindah ke Jenderam. Alang-alang Dengkil dah sebelah Jenderam ni, cover sekalilah semua ketiga-tiga kawasan ni. Lagipun KIM masih bekerja di Putrajaya dan sesekali akan jenguk rumah di Putrajaya ni. Macam semalam, ada returning customer di Putrajaya nak Ostenutrix, since memang KIM nak pergi pos Vivix ke Sarawak, terus deliver kat dia.
Kalau nak pos ke Sabah dan Sarawak, selalunya diaorang prefer pakai Pos Laju sebab coverage kawasan dia tu lebih luas dan dalam berbanding kurier yang lain. Nak pergi weekdays, kerja sampai petang. Weekend pula Pos Laju termasuk yang dalam dalam shopping mall Alamanda pula tutup. Nasib baik lah ada agen pelbagai kurier juga kat dalam Alamanda tu. Buka setiap hari sehingga 9.30 malam. Alhamdulillah, lapang sikit dada. Since regular customer Vivix pun ada kat Putrajaya ni, jadi kalau ada order daripada sekitar Putrajaya, KIM akan uruskan sekali juga.
Yang nak beli Vivix tu sahabat KIM. Dia nak ikhtiarkan turunkan bacaaan tekanan darah tinggi dia yang agak tinggi sejak lepas bersalin ni. Dia pun dah naik risau dan stress sebabnya kalau tak ok lagi bacaan tekanan darah dia, doktor nak on ubat. Inilah yang dia paling nak cuba elakkan. Sebab tu KIM pun seboleh mungkin cuba juga nak pos Vivix kat dia secepat mungkin. Memandangkan banyak sangat yang berkongsi keberkesanan produk Vivix dalam membantu menurunkan sekaligus mengawal bacaan tekanan darah tinggi, tu yang sahabat KIM tekad juga nak beriktiar dengan Vivix tu.
Setakat KIM berurusan dengan customer dan downline makan sendiri KIM selama ini, Alhamdulillah, KIM sentiasa terima feedback positif daripada diaorang. Kepercayaan yang diorang berikan kepada KIM sangat-sangatlah KIM hargai dan ia menjadi salah satu pendorong untuk KIM berikan servis yang lebih baik dari semasa ke semasa. KIM juga sangat mengalu-alukan teguran atau pandangan daripada mereka terhadap sebarang perkara berkaitan servis KIM. Untuk kita lebih maju ke depan, kita perlulah bersikap terbuka dan berlapang dada atas sebarang teguran, betul tak?
Sebanarnya, kawan-kawan KIM pun ramai yang menjadi pengedar Shaklee dari pelbagai tempat di Malaysia ni. KIM ni walaupun secara spesifiknya adalah pengedar Shaklee Jenderam, secara bersama-samanya turut merangkumi kawasan Dengkil dan Putrajaya. Sebenarnya kat kampung KIM di Kemaman, Terengganu nun pun selalu juga KIM buat order produk Shaklee dengan KIM. Pendek kata KIM ni adalah pengedar Shaklee seluruh Malaysia. Jadi, kalau berhajat kepada mana-mana rangkaian produk Shaklee atau nak tahu cara nak mulakan bisnes Shaklee, feel free to contact KIM okay.
Sharing Is Caring,
Naimah Wahab (KIM) – SID: 1001144
019-9377380
#KIMLegacy #KIMThrive #iReachX5 #peluangjanapendapatan #peluangbisnes #NextLevelBlogging #projekmegablog #shakleethrive23 #shakleethriumph23 #pengedarshakleejenderam #pengedarshakleedengkil #pengedarshakleeputrajaya #pengedarshakleeselangor #pengedarshakleeseluruhmalaysia #shakleereadystock #tipssihat #tipskurus #tipskurussihat #vitaminsemulajadi #kesihatanmenyeluruh
Website – www.myliferia.my
YouTube – https://youtube.com/@myliferia2394
Page – https://bit.ly/40EWHlf
TT – tiktok.com/@naimahwahab
IG – https://www.instagram.com/naimahwahab/
Tweeter – https://bit.ly/3Yx3fR9
Join Ahli Shaklee – Daftar Sendiri
Sesiapa yang tinggal berhampiran kak Kim boleh lah mendapatkan produk Shaklee dari kak Kim. Memang terbaik.