• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Wajah kita nikan ada sekurang-kurangnya 5 kategori kulit wajah sama ada normal, berminyak, kering, sensitif dan kombinasi. Untuk memastikan kita dapat menjaga dan merawat kulit kita dengan betul, adalah sangat penting untuk kita mengetahui jenis kulit wajah kita terlebih dahulu.

 

Persediaan Sebelum Melakukan Ujikaji Jenis Wajah Di Rumah

  1. Jangan berada di ruangan air-cond sekurang-kurangnya 1 1/2 jam sebelum melakukan ujikaji. Udara di ruangan air-cond boleh menjadikan kulit kita kering dan mempengaruhi hasil ujikaji nanti.
  2. Jangan mencuci wajah 1 jam sebelum ujikaji.
  3. Jangan pergi keluar rumah atau melakukan sebarang aktiviti di bawah cahaya matahari 1 jam sebelum ujikaji.

 

 

Cara rawat masalah kulit ikut jenis kulit

 

Cara Mengenali Jenis Kulit Wajah Dengan Ujikaji Menggunakan Cermin

    1. Tempelkan wajah dengan menggunakan cermin yang bersih
    2. Pastikan hidung, dahi dan dagu berada dalam satu garis lurus
    3. Kemudian, tekan pipi pada cermin denga membalikkan wajah dari kanan ke kiri atau sebaliknya.

Pada dasarnya, pastikan setiap bahagian wajah kita telah menempel pada cermin tersebut.

 

Cara Membaca Hasil Ujiakaji Kategori Wajah Menggunakan Cermin

1) Kulit Berminyak

Apabila terdapat bekas minyak di cermin, pada area T wajah dan pipi, maka wajah adalah berminyak. Selain daripada itu, terdapat pori-pori wajah yang besar serta wajah kelihatan berkilat.

 

2) Kulit Kombinasi

Apabila bekas minyak hanya terdapat pada area T wajah (hidung dan dahi), maka kulit kita termasuk di dalam kategori kulit campuran atau kombinasi. Jenis kulit ini paling ramai dimiliki oleh kebanyakan orang.

Area T pada wajah selalu lebih berminyak berbanding bahagian lain kerana di situlah terdapat paling banyak kalenjar minyak. Pipi akan kering, sedangkan dahi dan hidung sangat berminyak.

 

3) Kulit Sensitif

Kulit jenis sensitif ni sebenarnya agak sukar untuk dikenalpasti menggunakan ujikaji cermin. Sebabnya kulit sensitif boleh menjadi berminyak atau kering.

Oleh yang demikian, cuba tekankan wajah kita pada cermin dengan tempoh yang agak lama. Sekiranya berasa pedih, maka kulit adalah berjenis sensitif. Kulit jenis ini biasanya kurang sesuai dengan sebahagian besar barangan kosmetik.

 

4) Kulit Kering

Sekiranya tidak terdapat sebarang bekas minyak pada cermin, hanya bekas bulu pada wajah, maka kulit adalah dalam kategori kulit kering.

 

Vitamin Semulajadi Untuk Kesihatan Kulit

Vivix

Vitamin paling premium untuk kesihatan, keanjalan kulit serta awet muda ialah Vivix. Vivix ni merupakan agen anti-penuaan sel seluruh tubuh, termsuklah kulit wajah selain sangat terkenal sebagai vitamin kesihatan menyeluruh.

 

Collagen Powder

Collagen Powder pula merupakan serbuk kolagen terbaik yang dihasilkan daripada sisik ikan merah laut dalam yang bebas daripada pencemaran. Kan memang famous sekarang ni, nak kulit anjal, cantik dan gebu, ambillah kolagen. Tapi pilihlah kolagen yang terbaik serta semulajadi.

 

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni adalah protein soya non-GMO. Sel badan kita kan dihasilkan daripada protein. Kalau sel yang dibina tu sihat, eloklah seluruh sistem badan kita termasuk bahagian kulit.

 

Vitamin C, Vitamin E, B Complex & GLA Complex

Semua jenis vitamin ni adalah sangat baik untuk kulit. Untuk penerangan yang lebih terperinci, boleh rujuk ke entri Alternatif Kecantikan Kulit Menggunakan Vitamin Berbentuk Kapsul.
Penjagaan Luaran Kulit Wajah

Selain daripada penjagaan dalaman, penjagaan luaran kulit wajah juga penting bagi mendapatkan kulit yang bersih.
Set Penjagaan Wajah NutriWhite

Set ini sangat sesuai untuk kulit normal atau kurang bermasalah. Juga bagus untuk mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembab dan gebu.
Enfusselle (Purifying)

Khas untuk golongan yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Enfusselle (Hydrating)

Set penjagaan kulit wajah ni dikhususkan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Kalau anda ada kemusykilan nak pilih vitamin apa yang bersesuaian dengan jenis kulit anda, jangan lupa hubungi saya tau 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge