• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Selalunya orang sering berkongsi amàlan rohani yang dikaitkan dengan cara untuk mendapatkan rezeki yang melimpah-ruah.

Betul sangat dah tu. Banyakkan amalan baik seperti baca Al-Quran, berzikir, selawat, istighfar dan sebagainya.

Tidak kurang juga tentang kebesaran bersedekah dengan ikhlas sehinggakan rezeki kita mencurah-curah.

Dari segi fizikal, memang kita nampak yang orang rumah besar, kereta mewah, duit berkepuk-kepuk tu yang banyak rezeki. Tapi pengertian​ rezeki ni sangat luas.

Rezeki bukan material je. Sihat tubuh badan tu rezeki. Mudah segala urusan pun rezeki. Dapat anak-anak yang menjadi penyejuk mata juga rezeki. Pendek kata, apa yang baik-baik tu semua adalah rezeki.
Tahu kan, salah satu daripada pintu rezeki yang sering diabaikan ialah melalui berkat restu dan kegembiraan ibu bapa.

 

petua murah rezeki

 

Jom ikuti kisah yang dah lama jadi viral ni:

 

 

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001, kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu, arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. 

Dan alhamdulillah, walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tapi arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah mak sakit, selain abah dan adik2 yg menjaganya, saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. 

Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalau saya merungut. ” Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak” katanya.

Suatu hari semasa di kampung, arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. 

Sewaktu memandikannya, arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan, “buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis; benda kecil je”.

Ketika itulah juga saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata,-kata yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila. 

” Ya Allah..ini adalah anak-anak aku yang berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah.  

Anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Aku berikan keredhaanku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku”. Saya dan suami terus terkedu bila mendengarnya!

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Utk sahabat yg bertanya itu…inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pada kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu sebenarnya datang dari berkat doa dan keredhaan seorang ibu!

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa, jgn berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin, saya langsung tidak ambil kesah berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika, suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg ada rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu, redhalah.. Nanti akan ada rezeki yg lebih luas utk kami.

Sebenarnya, utk memperoleh pahala, tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua, berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati, berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan inshaAllah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita. Percayalah!

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=261058921031610&id=100013825126464

 

Serius, kisah ini sangatlah menyentuh hati.

Kalau ada antara kita yang mungkin berselisih faham atau ada memendam luka lama dengan ibu ayah, segeralah pulang ke pangkuan mereka.

Mohon maaf dan perbaiki keadaan. Tak salah kita mengalah. Terimalah ibu bapa kita seadanya.

Hebat dan ulungnya kita sekarang adalah sebab pengorbanan ibu bapa kita yang hanyalah seorang petani, pengayuh beca, tukang cuci, buruh kasar, pemandu atau siapa sahaja.

Taatilah mereka selagi tidak melanggar syariat Islam. Walaupun mereka banyak kekurangan, bergaullah dengan mereka sebaik-baiknya.

Atas berkat doa restu ibu bapa jualah, rezeki kita semakin melimpah ruah, hidup kita dipermudahkan dan dijauhkan dari malapetaka atau sebarang musibah.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge