Assalamulaikum dan salam sejahtera 🙂
Gout ni sejenis penyakit sendi. Teringat saya pada ayah angkat sewaktu belajar dulu. Keluarga angkat saya ni berada di Johor Bharu. Beliau memang mengidap gout. Kalau tersilap makan sikit ajer, siaplah. Teruk kene serang terutamanya bahagian kaki.
Apakah Itu Gout?
Gout adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan pada tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi matatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat yang biasanya berlaku gout.
Ia mungkin tanda gout biasa atau mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi.
Gout yang kebanyakkannya dihidapai oleh golongan lelaki ini berpunca daripada kandungan asid urik yang terlalu tinggi.
Badan kita sememangnya mengandungi asid urik, namun terdapat sesetengah orang yang badannya menghasilkan terlalu banyak asid urik. Selain daripada itu, asid urik juga boleh didapati di dalam makanan.
Gout ni berlaku akibat tahap asid urik di dalam darah yang menghablur dan di simpan pada sendi tendon dan tisu sekeliling.
Cara Mengatasi Gout
1. Amalkan Diet Rendah Purine
Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine seperti organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis). Juga makanan laut dan kerangan.
2) Banyakkan Minum Air
Minum banyak cecair terutamanya air kosong untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
3) Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
4) Kawal Berat Badan
Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
5) Bersenam
6) Pemakanan
Pesakit gout disarankan mengamalkan nanas, halia, kunyit, pisang, produk tenusu rendah lemak, pegaga, alfafa.
Tips Shaklee
Set Gout yang dicadangkan terdiri daripada Performance Drink, Alfafa, AJHT, Omega Guard dan Ostematrix.
1) Performance Drink
Performance Drink bertindak membantu tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak terhidrat.
2) Omega Guard
Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang merupakan asid lemak 3 dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
3) AJHT
AJHT diperbuat daripada ektrak jagung, Vitamin C, Mangan dan Zinc dan kandungan utamanya adalah tumbuhan boswellia.
Ia merupakan antiradang semulajadi bagi pesakit sendi. Kandungan glucosamine membantu menyediakan pelincir kepada sendi. Selain itu, AJHT turut bertindak sebagai kusyen di antara sendi.
4) Ostematrix
Ostematrix mengandungi magnesium. Magnesium boleh membantu tekanan darah dengan membantu jantung berdenyut secara normal. Apabila jantung kurang stress, tekanan darah menjadi rendah. Tekanan rendah membantu darah mengalir secara lancar dan akan mengelakkan asid urik menjadi kristal.
5) Alfafa
Alfafa yang sangat dikenali sebagai agen detox tubuh akan membantu membuang toksin daripada badan. Ia bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik di dalam air kencing untuk dikumuhkan. Asid urik yang berkurangan di dalam darah tidak akan berkumpul untuk membentuk kristal di bahagian-bahagian sendi yang terlibat.
Nota: Sekiranya anda mempunyai budget lebih, anda disyorkan untuk mencuba Vivix.
Anda boleh menghubungi saya sekiranya anda ingin mencuba Set Gout atau menghadiahkannya kepada orang yang tersayang.
Terima kasih 🙂
terima kasih di atas perkongsian info… Nampaknya lepas ni kena berjaga-jaga dalam bab pemakanan supaya dapat mengelakkan daripada terkena Gout pada usia senja nanti..
Anuar recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Online)
Sama2, betul tu kene beringat, tapi gout pun blh kene pd yg muda belia gak
Terima kasih bro kongsikan..memang sakit kena gout ni..hidup langsung tak ada kenikmatan..emmm
Hafizul recently posted…Jangan Menaruh Harapan
Hilang ketenangan hidup…
Info yang menarik. Salain itu, untuk mengurangkan radang dan bengkak pada sendi, kita juga boleh mengamalkan pemakanan bawang putih samada dimakan begitu sahaja atau direbus separa untuk menghilangkan rasa pedasnya. Ambil 2-3 ulas setiap hari.
Wah, terima kasih atas perkongsian