Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Apa khabar kalian semua? Semoga sihat, bahagia dan ceria sentiasa hendak-Nya. Kami baru lepas menghadapi dugaan kecil dari Allah baru-baru ni. Dugaan baby kurang sihat sehingga dibawa ke unit kecemasan. Alhamdulillah, segalanya dah ok sekarang.
Baby dah beransur sembuh dan hampir pulih sepenuhnya, Allah duga mama dan papa baby pula dengan batuk-batuk dan sakit tekak. Kalau ikutkan boleh tahan juga batuk yang saya alami ni. Terasa tertarik-tarik urat perut setiap kali batuk kuat. Tapi suami lagi teruk batuk beliau.
Dugaan Allah tu cantik, tak diduga kami anak beranak sekaligus. Baby Asif mungkin dah imun. Nampaknya Asif dah tak terkesan dengan batuk mama dan papa ni. Abang Kashful pun sihat. Alhamdulillah.
Saya ada terbaca petua yang dikongsikan oleh Dato’ Roslan Ab. Hamid, tokoh usahawan hebat tentang sakit tekak dengan menggunakan air garam dan buah kembang semangkuk. Bolehlah kita amalkan ketika batuk kan? Lagipun sakit tekak dan batuk ni selalu datang sekaligus.
Petua Rawat Sakit Tekak
Air Garam
Ambil air kosong, simpan di dalam peti sejuk. Setelah sejuk, campur dengan garam. Kacau sehingga garam tersebut hancur. Lepas tu minum.
Buah Kembang Semangkuk
Buah kembang semangkuk direndam di dalam air panas, kemudian campur dengan gula batu. Minum. Buah ini akan bantu sejukkan badan. Masa saya kecil dulu, saya suka sangat buatkan air buah kembang semangkuk ni. Biasa juga orang campur dengan laicikang.
Tips Rawat Batuk
Lemon/Limau Nipis + Madu
Yang ni saya ada cuba. Campur 2 sudu madu bersama satu dulu jus lemon. Terasa lega juga. Tapi takdelah sembuh terus….hehehe
Limau Nipis/Kasturi + Kicap Manis
Yang ini kakak ipar saya pernah cuba semasa datang ke rumah saya tempoh hari. Pun sama, beliau bagitau, tekak beliau rasa lega lepas ambil campuran ni.
Limau Kasturi + Gula Batu
Bunga Lawang
Cengkih (kemam)
Air Limau Nipis Suam
Tips Shaklee Mengurangkan Batuk Dan Sakit Tekak
Batuk suami saya kalini memang kuat daripada biasa. Melengking-lengking terutama pada waktu malam. Kalau dengar pun naik seram. Kesian sangat pun ya. Sebenarnya saya bertindak secara spontan malam beliau batuk teruk tu. Pergi bancuh Performance Drink dan Nutriferon. Dos Nutriferon saya up kan lebih daripada biasa. Tu dah stok last. Takpelah, kasi suami dulu. Beliau lebih memerlukan.
Alhamdulillah, sebaik sahaja beliau minum, terus sambung tidur. Masa tu dalam pukul 12 tengah malan. Lebih 1 1/2 jam tidur beliau tidak terganggu dangan batuk. Subhanallah, Alhamdulillah. Dalam pukul 1.30 pagi ada batuk-batuk kecil sikit. Saya memang berjaga sebab dah terlelap sebelum tu. Yang saya perasan, dalam pukul 4.30 pagi, ada batuk yang kuat sikit tapi tak sepanjang sebelum ni. Harini kene order balik Nutriferon.
Performance Drink ni sebenarnya merupakan minuman elektrolit yang bantu mengekalkan bendalir dalam badan. Sekiranya badan kita terhidrat, maka batuk dan sakit tekak pula akan bertambah parah. Itulah salah satu kepentingan sodium yang terkandung di dalam Performance Drink ni. Sebab tu sangat dicadangkan di dalam Set Mighty 3 Gem sewaktu berpuasa untuk kekal cergas dan bertenaga.
Sodium adalah kandungan dalam garam. Jadi bertepatanlah dengan petua Dato’ Roslan tadi untuk merawat sakit tekak tu kan? Cuma yang bestnya, kita minum air garam berperisa oren. Lagi syok apa? Lepas tu dapat pula manfaat-manfaat yang lain.
Nutriferon pula memang dicipta khas untuk sistem pertahanan tubuh badan kita. Kandungan Interferon di dalamnya akan mengaktifkan sistem imun tubuh untuk melawan kuman yang menyebabkan batuk dan sakit tekak berlaku. Sebab tu, dengan izin Allah, penyembuhan adalah lebih cepat.
Saya yang kebetulan dah habis Nutriferon ni pula mengambil Garlic, Vitamin C dan B Complex di samping minum jugak Performance Drink. Semua tu untuk meningkatkan imun sistem tubuh dan mengelakkan terhidrat (kekeringan/dahaga melampau).
Terkini, pagi tadi, suami batuk kuat lagi. Memang ada ambil ubat klinik gak, termasuk beli Hurix, tapi batuk masih ada. Sebab tak tahan sangat tiap kali batuk sampai sakit kepala, beliau minta apa-apa jelah yang boleh legakan beliau.
Saya kasi Vivix sekali dengan Vitamin C dan Garlic. Beliau sambung rehat. Alhamdulillah, macam dah tak terganggu sangat dengan batuk.
Saya baru orderkan balik Nutriferon dan Garlic tadi. Ye lah kan, kalau antibiotik pun, doktor suruh kita makan dalam masa 5 hari. Jadi kalau supplement pun, tentu juga akan ambil masa kan? Bezanya, Shaklee adalah daripada bahan semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam.
Alhamdulillah, setiap dugaan, ada hikmahnya. Kalau tak, tak merasa kesan supplement ni kan?
Nak Tahu Sharing Lain Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
musim panas sekarang ni memang mudah sakit tekak dan batuk kan..
selalunya kalau puteri sakit tekak, puteri suka makan timun dengan sedikit garam…rasa lebih lega tekak tu 🙂
puteri kasih recently posted…Kerana Ramadhan Dan Syawal
Petua baru ni, thanks for sharing, puteri 🙂