• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Adalah sangat penting untuk ibu bapa ambil tahu bila masanya anak-anak kita mula memasuki alam dewasa. Ekoran kesibukan masa dan bebanan tugas yang dipikul oleh ibu bapa zaman sekarang ni, bukan sahaja menyebabkan mereka menjadi lebih garang, tapi sedar tak sedar mereka tidak tidak kisah atau mengambil cakna hal kedewaan anak-anak mereka.

 

 

tips keibubapaan

 

Ibu bapa perlu menerangkan serta berkongsi maklumat serta nasihat terhadap perubahan yang berlaku sewaktu proses kedewasaan anak-anak. Jangan sampai mereka mencari info sendiri melalui sumber atau cara yang salah.

Bagi anak perempuan ni, biasanya ibu bapa memang tahu bila masanya kedewasaan mereka telah tiba iaitu dengan kedatangan haid. Jadi, kat sini ibu bapa sudah boleh menerangkan yang bermula daripada saat tersebut, semua perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak sama ada yang baik atau buruk akan ditanggung sendiri, adakah mendapat pahala atau dosa.

Menurut Prof. Madya Dr. Halina, melalui pengalamannya, hampir tiada ibu bapa yang sedar yang anak lelaki mereka telah memasuki alam dewasa. Menurut beliau lagi, adalah menjadi tanggungjawab bapa terutamanya untuk bertanya dan berbincang tentang hal-hal sebegini dengan anak-anak lelaki mereka.

 

Peranan Bapa Dalam Mendidik Anak Lelaki

 

tips keibubapaan

 

1) Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun.

2) Bawa anak bersiar-siar

3) Ajak anak bergasak @ bergomol @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang sukakan aktiviti fizikal.

4) Anak lelaki akan anggap bapanya ‘role model’, maka bapa perlu menjadi yang terbaik. Apa yang bapa lakukan akan diikut oleh anak-anak.

Contohnya, jika bapa merokok, kebarangkalian anak tersebut akan merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

5) Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pandangan anak itu dapat dilihat daripada pandangan bapanya.

 

Peranan Ibu Dalam Mendidik Anak Lelaki

1) Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu mereka.

2) Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3) Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

 

Siapa kat sini ada anak lelaki? Macam saya, semuanya 3 hero (mama jer yang jadi ratu 🙂 ). Semoga saya dapat praktikkan tips mendidik kesemua permata hati kami dengan cara terbaik berpandukan tips mendidik anak lelaki daripada Prof. Madya Dr. Halina Haliza Siraj ni. Jemput juga baca Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah).

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

7 thoughts on “Tips Mendidik Anak Lelaki Oleh Prof. Madya Dr. Halina Haliza Siraj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge