Walaupun semua orang ingin kurus. Namun sekiranya terlampau kurus, seseorang itu kelihatan seperti orang sakit dan kurang menarik, kan?
Di antara tips untuk menambah berat badan ialah:-
1) Makan Kerap Dalam Kuantiti Yang Kecil
Sekiranya sebelum ini anda makan 2-3 kali sehari dalam kuantiti yang besar, ubah pola pemakanan anda kepada 5-6 kali sehari dengan bahagian yang lebih kecil.
2) Mengambil Makanan Berkalori Tinggi
Di antara makanan yang berkalori tinggi ialah gandum, popcorn mentega, avakado, roti gandum, ais krim, kerepek kentang, mayonis, aneka krim dan sebagainya.
3) Mengambil Makanan Bernutrisi
Salah satu makanan wajib yang perlu diambil untuk menambah berat badan ialah kekacang, buah, sayur dan protein tanpa lemak. Boleh juga minum susu tanpa lemak.
4) Elak Minum Sebelum Makan
Air yang diminum sebelum makan akan membuatkan perut anda penuh dan memberi rasa kenyang. Sekaligus membantutkan selera makan anda.
5) Mengambil Snack
Sekiranya anda terasa ingin mengunyah di antara waktu makan, anda disarankan mengambil snack yang tinggi kalori seperti kekacang, buah-buahan, malah jus avakado.
6) Makan Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda mengambil makanan yang tinggi kalori. Ini kerana proses pencernaan makanan berlaku lebih lambat sewaktu tidur, maka akan membantu proses menambah berat badan.
7) Bersenam Secara Teratur
Di antara senaman yang boleh menambah berat badan ialah angkat berat, push up dan anaerobik (latihan tanpa udara/oksigen). Senaman ini mampu membina otot dan menjadikan tubuh anda lebih berisi dan padat.
8) Rehat Dan Tidur Yang Mencukupi
Proses metabolisma badan akan menjadi tidak stabil sekiranya tidak cukup rehat dan tidur. Untuk menormalkannya kembali, pastikan anda menjaga waktu rehat dan tidur anda.
Di antara contoh makanan yang boleh menambah berat badan anda ialah salmon, telur rebus, keju, tuna, jus buah, pasta, buah kering, beras merah, oatmeal, pisang dada ayam dan sebagainya.
Shaklee turut menyediakan Set Tambah Berat Badan yang terdiri daripada Meal Shake, VitaLea dan B Complex yang mampu membantu anda menambah lagi berat badan.
Untuk anak kecil berusia 1 tahun ke atas dan telah meminum formula hanya disarankan mengambil Meal Shake.
Meal Shake
Multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting. Kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Meal shake turut membantu menambah selera makan. Walaupun anda kurang makan, supplement ini mampu memberi tenaga dan berfungsi sebagai pelengkap kepada nutrisi harian anda.
VitaLea
Merupakan tablet multivitamin yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Iron yang terkandung di dalamnya sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.
Khasiatnya mencantikkan wajah, kuku yang licin, akar rambut yang kuat, membantu mencegah tiroid@beguk yang disebabkan oleh kekurangan iodin, memberi rasa bertenaga dan tak lesu, kulit sentiasa tegang, elak pitam dan pening.
B Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk tubuh. B Complex merupakan vitamin kesihatan yang menyeluruh, mengawal metabolisma, anti-stress, membantu meningkatkan pertahanan badan, untuk kecantikan kulit, mengurangkan rasa letih.
Harga untuk VitaLea ialah RM 89 untuk 120 biji kapsul.
Harga untuk B Complex ialah RM 54 untuk 120 biji kapsul.
Harga untuk setin Meal Shake ialah RM 114 untuk kegunaan sehingga 2 bulan.
Untuk order, boleh hubungi saya.
Terima kasih