• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Bulan Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Bagi yang nak kurus, bulan Ramadan ni adalah salah satu waktu terbaik untuk menjaga kesihatan terutama perut dan pada masa yang sama, menjaga tubuh badan. Tapi jangan niatkan berpuasa untuk kurus tau. Penuhi hari-hari yang penuh berkat ini dengan amal ibadah. Pahala berganda-ganda kan 🙂

 

Tips Kurus Sepanjang Bulan Ramadan

 

tips diet sihat sewaktu berpuasa

 

#1: Kenalpasti Metabolisma

Mengenalipasti kadar metabolisma tubuh masing-masing sangat penting sebagai panduan sewaktu berbuka puasa.

Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, kalori akan mudah terbakar.

Namun, mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, perlu lebih berhati-hati memilih makanan berbuka. Jumlah pengambilan makanan juga perlu dikawal.

 

 

tips diet sihat sewaktu berpuasa

 

#2: Awasi Gula, Lemak & Minyak

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan jenis ini sangat tinggi kalori. Sekiranya teringin sangat nak makan, pastikan pengambilannya adalah dalam kuantiti yang sedikit Kalau tak, susahlah badan nak kurus.

 

tips diet sihat sewaktu berpuasa

 

#3: Lewatkan Sahur

Kita sememangnya disunatkan untuk melewatkan sahur. Bersahurlah pada 30-20 minit sebelum habis waktu sahur. Dengan melewatkan sahur, badan kita akan mempunyai bekalan tenaga yang lebih lama.

 

#4: Hadkan Pengambilan Air Manis

Berbanding air manis, kita sangat disyorkan mengambil lebih banyak air kosong atau jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan. Selain itu, boleh juga mengambil susu rendah lemak.

 

#5: Beri Perhatian Kepada Saiz Hidangan

Sewaktu berbuka puasa, kita cenderung untuk makan banyak bagi memenuhi tuntutan nafsu makan atau melegakan rasa lapar di siang hari. Punyalah bersungguh makan tu sehingga tersandar kekeyangan. Ni dah kira overload dah ni.

Pastikan sentiasa makan dengan saiz hidangan yang kecil atau sederhana walaupun mengambil makanan yang rendah kalori.

 

#6: Berbuka Dengan Tenang

Apabila kita makan dengan tenang serta mengunyah dengan perlahan, ianya akan membantu kita untuk mudah berasa kenyang. Sebabnya, kita memberi ruang kepada makanan yang dimakan tu dihadamkan dengan sebaik-baiknya.

Kan sangat disarankan agar berhenti makan sebelum kenyang? 🙂

 

 

tips diet sihat sewaktu berpuasa

 

#7: Nutrisi Makanan

Walaupun kita berpuasa, pastikan memilih makanan yang seimbang sewaktu berbuka dan bersahur. Dengan nutrisi yang mencukupi, ianya akan membantu badan kita kekal cergas dan bertenaga walaupun tidak makan dan minum sepanjang hari.

 

#8: Minum Air Secukupnya

Pastikan minum air terutamanya air kosong yang secukupnya pada malam hari. Sebaik-baiknya sedikit-sedikit tetapi kerap agar badan kita tidak terhidrat pada siang hari.

 

#9: Senaman

Berpuasa bukan alasan untuk tidak produktif dan melakukan aktiviti fizikal.  Boleh ajer lakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, berkebun, berbasikal, bermain dengan anak-anak, memasak dan sebagainya.
Mudah kan? Walaupun ada kalanya agak payah nak diamalkan. Tapi kalau dijadikan sebagai kebiasaan, inshaa Allah, semuanya dapat dilakukan dengan senang. Alah bisa tegal biasa gitu 😀

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “9 Tips Kurus Sewaktu Berpuasa, Kekal Berpahala, Badan Menawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge