Pernah tak korang sedang dalam misi kururskan badan tiba-tiba berasa berasa lapar, padahal baru 1 jam ambil Set Kurus Shaklee, atau produk pembekal tenaga dan rasa kenyang yang lama seperti ESP, Cinch Shake, Performance Drink atau Cinch Tea?
Opss, tayangan perdana jap…hehe
Boleh juga layan video akak ni yang kurus sampai 20 KG.
Kenapa Cepat Sangat Rasa Lapar?
Situasi kat atas ni sebenarnya terjadi kerana tubuh kita kekurangan air. Bila kita ambil suplemen, lagi-lagilah perlukan air. Sebab tu, bila start pengambilan vitamin tambahan ni, kita sangat disyorkan minum dalam 3 Liter air sehari.
Tips Bagaimana Nak Bezakan Kita Lapar @ Haus
Apabila kita berasa lapar, minum segelas air dan tunggu selama 10 minit. Kalau kita masih lapar lepas tu, maknanya memang kita betul-betul lapar.
Apa Perlu Buat Kalau Lapar
Jika kita berasa lapar di antara waktu makan utama, contohnya selepas bersarapan (9 pagi hingga 12 tengahari) dan lunch (2 petang hingga 6 petang), bolehlah mengambil snek. Tapi nak pilih snek yang bagaimana.
Snek Sihat Di Antara Waktu Makan Utama
Snek sihat di antaranya ialah biskut tawar, kekacang, buah-buahan kering seperti kurma, kismis, buah tin, aprikot, buah-buahan segar atau kuih-muih (sebak-baiknya rendah kalori) dalam kuantiti yang kecil.
Sangat disyorkan ambil Cinch Tea sewaktu snek time bagi meningkatkan metabolisma tubuh dan sebagai pemberi tenaga (energy booster).
Tips Tidak Mudah Berasa Lapar Agar Boleh Kekal Langsing
Bagi membantu mengurangkan rasa lapar yang melampau sebelum waktu makan utama (sarapan, makan tengahari & makan malam), di antara tips mudah yang boleh diikuti ialah:-
#1: Pilih Menu Berserat Tinggi Sewaktu Bersarapan
Boleh mengambil oat, nestum, pisang, epal, ESP, Cinch Shake sebagai sarapan. Saya suka bancuh ESP bersama susu, oat dan nestum untuk sarapan pagi yang sihat dan bertenaga.
Selain daripada itu, boleh juga mengambil Cinch Tea yang dicampur madu, Performance Drink dan Vivix sebagai minuman pagi. Memang super power lah jadinya, inshaa Allah. Boleh nak bancuh sejuk atau panas, tapi kalau sejuk, lagi tinggi kadar metabolisma tubuh kita 🙂
#2: Banyakkan Minum Air Kosong
Minum air 1 Liter untuk setiap 25 KG berat tubuh kita. Jadi sebaik-baiknya adalah paling kurang 3 Liter air diperlukan. Sukat betul-betul ye. 3 Liter sehari semalam. Ramai jer rasa macam dah minum air banyak. Padahal 1 Liter pun belum tentu, kan, kan?
Air yang mencukupi sangat penting untuk tubuh kita menjalankan fungsi-fungsinya dengan baik. Suplemen pun perlukan air yang cukup untuk berfungsi secara optimun.
Air yang disyorkan adalah air bertenaga seperti air zam-zam (paling terbaik), air mineral, air yang ditapis seperti menggunakan penapis air Shaklee Water Picher yang sangat mudah dan ringan tu.
Air beralkali pun bagus untuk tubuh. Saya suka amalkan air suam yang diperah lemon pastu rendam bersama kulit. Lemon ni bila masuk tubuh kita, sistem badan akan tukarkannya kepada alkali.
#3: Makan Dengan Perlahan
Ni sunnah Nabi SAW ni. Kunyah 40 kali sebelum telan. Kunyahan yang perlahan bantu kita rasa kenyang dan cegah kita daripada terlebih makan.
Ada berani? Macam payah jer nak amalkan kan? Tapi siapa kata kita tak boleh buat, ye tak? Acu cuba try test dulu!
#4: Ambil Banyak Protein, Kurangkan Karbohidrat
Dalam proses diet, kalau boleh ambil 1x hidangan karbohidrat sahaja. Pastikan hidangan kita lengkap dengan protein dan sayur-sayuran.
Protein sangat baik untuk mengawal berat badan kerana protein akan memberikan rasa kenyang lebih lama.
Jika badan bukan tahap obesiti melampau, boleh amalkan tips kurus dengan nasi.
Kalau ikutkan, banyak lagi tips, tapi cuba amalkan yang ni dahulu. Tengok macam mana keberkesannya. Lepas tu jangan lupa share hasilnya ye 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
tu la.
kekadang sedap sangat..laju aje makan dan kunyah
siap tambah pinggan lagi.
titan recently posted…Komisen ke 50 dari Klikjer
Tambah pinggan taruk lauk takpe, kalau taruk nasi…no comment…hehehe
Saya bab pemakanan ni pun dah mula kena memilih jugalah.. Org kata mmg kena prihatin dan jaga kesihatan kalau dah nak masuk 40an ni. Kena mula dari awal kan..
Khir Khalid recently posted…Razenn Wardrobe : Tempahan Menjahit Citarasa Terkini
Betul tu KK, makin bertambah usia, metabolisma makin berkurangan..