Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Kes tersedak susu yang sering kita dengar sehingga membawa kepada kematian bayi biasanya melibatkan bayi yang menyusu formula. Namun, harus diingat bahawa terdapat juga segelintir kes yang menyebabkan bayi yang menyusu badan mengalami tersedak susu.
Di antara masalah yang memungkinkan bayi meninggal dunia semasa penyusuan ibu ialah:-
1) Berlaku Refluks
Aliran balik sesuatu cecair atau bertentangan dengan arah pergerakan normalnya ketika bayi sedang menyusu badan.
2) Ibu Tertidur
Ibu yang menyusu bayi sambil berbaring tertidur dan tanpa disedari payudara telah menghimpit bayi sehingga menyebabkan bayi sukar bernafas.
Bagi mengelakkan berlakunya keadaan tersebut, para ibu yang melakukan penyusuan badan dinasihatkan agar:-
1) Memahami teknik penyusuan yang betul.
2) Lebih berhati-hati dan bersikap peka serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika menyusu bayi.
3) Pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4) Ampu bayi dalam keadaan kepala lebih tinggi daripada perut.
5) Sekiranya aliran susu laju (payudara penuh atau bengkak), picit atau pam keluar susu terlebih dahulu agar bayi tidak mudah tersedak.
6) Selepas menyusu, sendawakan bayi. Tegakkan sedikit badan bayi dan biarkan di dalam keadaan tersebut selama 3-5 minit agar susu yang diminum dapat masuk betul-betul ke dalam perut.
7) Melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang mungkin berlaku pada bayi.
8) Mempelajari teknik pertolongan cemas seperti CPR. Keadaan ini membantu ibu untuk bertindak pantas sebelum bantuan profesional tiba.
8) Sekiranya menyedari bayi tercekik dan sukar bernafas, bantu pulihkan bayi dengan meletakkan posisi badan bayi ke bawah. Seterusnya tepuk belakang bayi sehingga keluar lendir atau kahak yang terkumpul yang menghalang pernafasan bayi.
9) Sekiranya masih belum bernafas, lakukan CPR (hembus nafas ke dalam mulut secara langsung kepada paru-paru bayi).
Justeru itu, jangan sesekali memandang ringan tentang keselamatan bayi anda walaupun anda hanya menyusu badan. Kecelakaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Jangan sia-siakan impian anda memberikan makanan terbaik kepada bayi anda dengan kecuaian sendiri yang boleh dielakkan.
Happy breastfeeding mommies!!!
Terima kasih 🙂
Bahaya jugak kalau tak tau tip macam ini
Abdur recently posted…Maksud On-Page SEO
Betul tu, bf pun boleh membahayakan kalau tak tahu caranya
betul tu, time menyusu kena sentiasa hati2..kang seronok dok menyusu tak sedar apa jadi kat baby..
Qider recently posted…6 Tips memasak dengan pantas setiap hari
Kan, mintak dijauhkan dari tragedi yang tak diingini ni
Bahaya menda ni..kepada mereka semua, jangan biarkan menda ini berlaku…
Hafizul recently posted…Mini Karnival Taska PERMATA 2014
Saya sokong! Saya sokong! Bila nak masuk jadi calon parti ni? kiki
Hmm.. ini basic info yg perlu diketahu oleh ibubapa first time. Bukan senang mahu jaga baby wehh. Bab tersedak ni pun walau kecil tapi kena ambil tahu jugak.
Ismail N recently posted…Hari Guru 2014
Betul2…kadang2 anak dah 2-3 orang pun boleh tercuai…
sejak kebelakangan ni banyak juga kes bayi meninggal akibat tersedak susu..ibu bapa dan pengasuh bayi kena lebih peka kan
puteri kasih recently posted…Biskut Raya Warna Warni
Aah, betul, naik seram plak kita yang baca news tu..