Buta mata, tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya, tidak tahu ke mana hendak di tuju, ke hilir atau ke hulu. Teringat saya lirik lagu sebuah nasyid. Ianya tentang keimanan, tapi saya terbayangkan macam mana orang yang buta mata akibat diabetes .
Masalah penglihatan yang boleh membawa kepada mata buta adalah salah satu komplikasi terbesar pada pengidap diabetes.
Di antara masalah penglihatan yang disebabkan oleh diabetes ialah:-
- Diabetic Retinopathy – kerosakan pada saluran darah dalam retina
- Cataract (Katarak) – Katarak ni lebih cepat merebak atau terjadi pada pesakit diabetes berbanding orang normal
- Glaucoma – Peningkatan tekanan ceciar dalam mata yang membawa kepada kerosakan saraf optik dan kehilangan penglihatan. Risiko pengidap diabetes mendapat Glaukoma adalah 2 kali ganda berbanding orang dewasa yang lain.
Kajian Mata Kebangsaan pada tahun (1996) menganggarkan seramai 63,000 orang menjadi buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia.
Kemungkinan pengidap diabetes menjadi buta adalah 25 kali ganda berbanding orang biasa yang sihat.
Kalau ibu dan terutamanya bapa kita yang ada diabetes ni, memang mereka sangat berisiko tinggi untuk menjadi buta.
Kita yang belum ada diabetes ni, lagilah berisiko nak kene. Sebabnya faktor keturunan.
Jadi kalau belum ada diabetes, baik cegah dahulu. Kalau dah ada simptom-simptom awal diabetes, segeralah bertindak untuk menghilangkan atau merawatnya.
Tips Cegah Diabetes Melalui Senaman
Amalkan bersenam. Bersenam ni bagus sangat untuk kesihatan sebab ia bantu menghilangkan kalori dengan hebat sekali.
Senaman turut menguatkan jantung, paru-paru, melancarkan peredaran darah, mengendurkan ketegangan saraf, menurunkan paras gula serta berat badan.
Jadi, bersenam ni pun bagus untuk orang obesiti sebab mereka sangat berpotensi besar nak dapat diabetes. 2 in 1 action gitu!
Boleh try jogging, berjalan, berbasikal, berenang atau aktiviti yang mengeluarkan peluh. Ikutlah tahap kemampuan diri juga.
Bersenam ni lakukan 3-5 kali seminggu dalam 20-30 minit tiap sesi.
Tips Amalan Diet Cegah Diabetes
1) Amalkan diet seimbang, sangat disarankan ikut piramid makanan tu.
2) Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak terutamanya makanan segera atau yang diproses
3) Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman tinggi gula seperti minuman berkarbonat dan makanan dalam tin atau dijeruk
4) Amalkan diet kurang perisa, pewarna, penstabil tambahan.
5) Ambil makanan tinggi serat seperti buah-buahan. Namun jika mengidap diabetes, kurang atau elakkan nangka dan pisang sebab gula dalam buah ni tinggi tau.
6) Makan mengikut waktu dan kuantiti sesuai.
7) Kekalkan berat badan ideal
8) Amalkan suplemen mencegah diabetes. Di antara suplemen terbaik ialah Vivix.
Vivix mengandungi resveratoral yang terdapat di dalam kulit anggur muscadine yang bantu kawal paras gula dalam darah.
Vivix juga bantu betulkan sel yang reject insulin. Sebabnya masalah utama berlaku diabetes adalah rintangan insulin.
Maka, lebih baik mencegah diabetes daripada mengubatinya. Inshaa Allah risiko buta akibat diabetes pun dapat dicegah
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Huhu…serius bahaya penyakit diabetes ni..muda-muda macam saya ni nak kena jaga kesihatan dengan baik la..hehe
Hafizul recently posted…Tanggungjawab Abang Kat Ayang
Yelah adik oiiii! Hehehe
bagus entri ini, sebelum terkena diabetes, alangkah baiknya melakukan pencegahan dulu ya mbak agar kita bisa aman terhindar dari penyakit mengerikan seperti diabetes ini. Dengan mengikuti dan mempraktekkan tips diatas, kita bisa memulai hidup sehat tanpa diabetes ya 🙂
ririn recently posted…Daftar Akun WhatsApp Messenger di Hp Android
Sangat tepat kata-katamu, adik manis
Mencegah daripada mendapat penyakit lebih baik dari mengubatinya
kalau dah terkena diabetes tahap kritikal memamg macam-macam boleh berlaku..termasuk buta mata..paling kritikal kalau buta hati..(soal iman)
Hero Borneo recently posted…3 Amanat Penting Dari Jutawan Internet
Ye betul tu, buta hati, hidup jadi seperti zombi, sudah tiada erti
Wah, mengerikan sekali akibat dari penyakit diabetes ini, tipsnya bermanfaat banget buat saya dan semoga saya terhindar dari penyakit seperti ini.
Prediksi recently posted…Valencia Vs Barcelona Berakhir Imbang
Memang sangat menggerikan. Semoga bermanfaat