Sebelum ini, saya da berkongsi tentang 2 perkara utama dan yang paling penting untuk menjadi kurus sekaligus menurunkan berat badan. Ianya melibatkan pembakaran kalori harian kita.
Secara teorinya, apabila setiap 8,000 kalori yang terkumpul di dalam tubuh, atau dengan kata lain, tidak dibakar melalui senaman atau aktiviti fizikal, ia akan menaikkan berat badan kita sebanyak 1 KG.
Oleh yang demikian, kalori yang diambil setiap hari perlu diseimbangkan dengan tenaga yang digunakan setiap hari agar tidak timbul pula masalah pengumpulan lemak dalam badan.
“Banyak cara boleh kita lakukan untuk membakar kalori. Ia melibatkan aktiviti fizikal harian seperti berjoging, berenang, bermain squasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis dan sebagainya.”
“Bagi wanita, melakukan kerja-kerja seharian di rumah seperti membasuh kain, mengelap lantai, memvakum permaidani atau naik turun tangga untuk mengemas, juga boleh membantu membakar kalori dalam tubuh. Tapi, perlu dilakukan secara konsisten,” tegas Nor Lizawati Che Lah, Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang.
Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 2.3 bilion orang dewasa akan mengalami lebihan berat badan manakala 200 juta bakal berdepan masalah obesiti menjelang 2015.
Melihat kepada faktor pemakanan generasi kini yang lebih tertumpu kepada makanan segera dan tidak mementingkan pengambilan makanan seimbang, ditambah pula budaya hidup yang leka dengan permainan komputer dan tidak melakukan aktiviti riadah, ianya mampu menjadi sebab kepada peningkatan masalah kesihatan.
Hakikatnya, terpulanglah kepada diri kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah selera, tanyalah iman. Segalanya terletak di tangan kita.
Kalau kita mula melakukan aktiviti fizikal dan menjaga diet yang betul, perkara ini mungkin dapat diatasi atau dielakkan.
Semuanya terletak pada diri kita. Ini kerana kuasa untuk memilih ditentukan oleh tangan dan akal kita sendiri. Kita berhak untuk memilih hidup yang lebih sihat, ceria, gembira dan sempurna sekadar keperluan dan kemampuan kita.
Semuanya sangat mudah kerana ia dimulakan dengan diri kita sendiri. Malah boleh dilakukan di rumah tanpa mengeluarkan sebarang kos. Tak perlu pening-pening dah nak bakar kalori lepas ni. Setkan minda yang kita boleh dan mampu untuk melakukannya.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: KurusLangsingSebelumRaya
Shaklee ID: 1001144
dengan membuat kerja kerja rumah seperti mengemas, menyapu dan memasak pun boleh membakar kalori.
Dr Fattah recently posted…Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Betul Dr. Tak perlu susah payah keluar ke gym.
syok bila berpeluh masa buat kerja2 rumah..rasa terbakarrr semua kalori… 🙂
ctfand recently posted…Kata Kunci Nama Isteri Fahrin, Elena Hani
Kan, rasa legi hebat dari orang buat zumba….hehe, badan sihat, rumah pun kemas dan cantik
hanya saja beda rasanya pemabakaran dari olahraga atau bila cuma bekerja pekerjaan rumah
islam di dadaku recently posted…Ajal Tidak Menunggu Taubat Kita
Kalau kerja berat, biasa juga
suka kalau berlari anak selalu itu saya akan buat dari ke depan sampai lari ke dapur heee..kelakar rasanya kalau ingatkan balik..
Waahhh, dah buat exercise tu…mesti comel…hehe