Dengan hanya tidur pun boleh bakar kalori? Macam pelik jer bunyinya. Malah tidur 8 jam pun mampu bakar sehingga 500 kalori. Semakin pelik tetapi macam best pulak bunyinya. Tapi betul ke tak ni?
Ya, memang betul. Bergantung kepada BMR tubuh individu tertentu, tidur selama 8 jam boleh membakar sehingga 500 kalori?
Bagaimana Waktu Tidur Pun Kalori Boleh Terbakar?
Pertamanya, kita perlu faham terlebih dahulu perkaitan antara metabolisma dan pembakaran kalori. Metabolisma ni adalah proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga.
Badan kita ni perlukan tenaga untuk kelangsungan fungsi-fungsi badan seperti denyutan jantung, pengaliran darah, pernafasan, penghadaman dan sebagainya, walaupun kita sedang berehat termasuk ketika tidur.
Masa kita tidur, jantung tetap berdenyut dan kita mesih bernafas kan?
Jadi nampak tak, bila badan perlukan tenaga, maka tubuh akan bakar kalori untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.
Ibarat sebuah kereta, walaupun kita start enjin, tapi tak bergerak, minyak akan tetap dibakar dan kandungan minyak di dalam tangki akan berkurangan kan?
Bolehkah Kurus Badan Dengan Tidur
Tidur yang mencukupi tu penting tapi kita tidak boleh bergantung kepada tidur semata-mata untuk menjadi kurus.
Aktiviti fizikal sangat penting untuk mempercepatkan proses kita untuk kurus. Semakin kita mempunyai kehidupan yang aktif atau melakukan aktiviti yang lebih berat, maka semakin tinggi kalori terbakar.
Contohnya, kalau kita tidur 8 jam sehari, kalori yang terbakar adalah di antara 60-70 kalori sejam, jika kita berlari dalam 5-6 KM, pembakaran kalori mungkin anggaran dalam 200 kalori sejam.
Jadi, cara hidup seharian turut mempengaruhi jumlah pembakaran kalori. Tidak lah bermakna senaman khas atau kita perlu ke gym semata-mata untuk membakar lebih banyak kalori.
Malah menjalani kehidupan yang aktif seperti mengemas rumah, bermain dengan anak, naik turun tangga, bermain bola, berkebun, cuci pinggan, cuci baju dan sebagainya pun turut meningkatkan pembakaran kalori.
Dengan erti kata lain, lagi tinggi kadar dengupan jantung, lagi tinggi kalori terbakar.
So, mak-mak yang sibuk uruskan anak-anak kecil kat rumah, tak perlu stress dah sangat nak jaga tubuh, kat dalam rumah pun lebih dari cukup.
Body makin slim dan menawan, anak-anak terjaga, rumah pun makin berseri-seri. Cuma jadi rajin plus extra rajin jer sikit. Lepas tu malam-malam tidur lena untuk tambah pembakaran kalori.
Tidur jangan terlebih dan jangan terkurang, just nice adalah 8 jam (dalam hati, mencabar juga nak tidur 8 jam sekarang…hehe)
SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Kurus Langsing Sebelum raya
Shaklee ID: 1001144
demikianlah bila selalu begadang bukannya kurus malah tambah gemuk
islam di dadaku recently posted…Ajal Tidak Menunggu Taubat Kita
Tu dah lebih bergadang tu 🙂