• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Menjahit adalah salah satu daripada hobi saya walaupun sekarang ni jarang dapat menjahit macam selalu.

 
Saya betul-betul belajar menjahit dengan jiran saya.

 

Memang seronok sangat sebab kita buat pakaian ikut design yang suka. Tapi buat langsir dan cadar pun saya belajar jugak.

 

Al-maklumlah, zaman muda remaja dulu, semasa saya bekerja di syarikat swasta, selalulah ada event syarikat dan salah satunya adalah anual dinner.

 

Apa lagi, tiap kali nak annual dinner, mesti belek majalah, cari gambar baju yang berkenan. Lepas tu ubahsuai selera sendiri.

 

Puas hati dapat pakai baju hasil sulaman benang sendiri ni.

 

Di sebalik hobi menjahit ni, sebenarnya ia sangat mengajar saya untuk jadi lebih sabar dan teliti.

 

Mak Cik Dah yang ajar saya jahit ni, dulu beliau belajar dengan seorang tukang jahit berbangsa Cina.
Beliau ni pun sangat teliti.

 

Pernah sekali tu, saya tersilap jahit langsir. Kene tetas balik.

 

Kene tetas tu satu hal lah. Tahu tak yang kain langsir tu jenis macam jarang-jarang dan lubang-lubang halus tu.
Bila warna benang dah nak sama dengan langsi camtu, boleh bayangkan macam mana perlu berhati-hatinya saya nak kene tetas balik jahitan?

 

hobi menjahit di waktu lapang

 

Fuhhh, telan ayaq liuq ahkak! Dah siap tetas, rasa cam berpino-pino bijik mata…..hehehe

 

Tapi tu semualah yang mengajar diri supaya lebih sabar dan teliti. Juga ikut kata guru.

 

Terima kasih Mak Cik Dah atas tunjuk ajar yang diberikan. Semoga semuanya mendapat ganjaran daripada-Nya nanti.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge