Kalau melawat New York, menjadi seperti satu kemestian untuk singgah ke Niagara Falls. Niagara Falls ni adalah air terjun yang berbentuk ladam kuda (tapak kaki kuda). Niagara Falls ni merupakan air terjun yang berada di sempadan negara Amerika Syarikat dan Kanada.
Tak silap saya, dah 3 kali kami ke Niagara Falls ni. Dua kali sebab ada urusan pelajar. Sekali tu bawa sahabat daripada Malaysia yang berkunjung ke rumah saya.
Walaupun dah berkali-kali datang, posing memang tak hengat macam first time datang ke sini…hihi
Ni kenangan ke Niagara Falls masa sedang pregnant anak sulung pada 26 Oktober 2008.
Ni pula semasa membawa sahabat yang berkunjung ke rumah. Dia ni memang teringin sangat nak datang US. Nak pergi ke tempat kelahiran Superman (Smallville). Tapi ahkak sempat heret dia ke sini jer…hahaha
Datang sini pada 16-17 Mei 2010.
Yang pula semasa melawat student pada 17 April 2011. Dah lalu kan, singgah lagi dan posing skit. 🙂
Masa ni penghujung winter. Ada rezeki lagi dapat rasa snow flakes.
Masa snow, air sungai kat bawah air terjun tu membeku tau. Eh, teringat pula Air Terjun Sekayu di Kuala Berang nun.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144