Sebenarnya kalau nak share satu-satu kenangan masa zaman sekolah, memang tak habislah kisahnya, tapi ada satu kenangan manis yng masih kukuh tersimpan kat dalam memori ni.
Masa kitaorang dah naik Tingkatan 4, kelas yang sepatutnya ada 21 orang jadi 20 orang je.
Sebabnya, yang ke-21 ni adalah satu-satunya kumbang kat kelas tu. Yang lain adalah bunga.
Segan barangkali kumbang tu tinggal sorang-sorang di kelilingi bunga-bunga yang cun melecun lagi havoc…kikiki, maka dia mintak dengan cikgu untuk tukar ke kelas sebelah.
Yang tinggal memang beberapa kerat je dalam kelas tu sebab ada yang dah pergi melanjutkan pelajaran ke asrama penuh atau ke sekolah lain.
Dalam kelas tu, masih ramai lagi yang cemerlang tapi tetap nak stay kat situ. Sayang sangat kat sekolah tu barangkali…hehehe
Maka, bermulalah episod penuh warna-warni kat kelas tu bila dah takde pelajar lelaki ni.
Part paling heaven bila ada yang lead ajak main bola sepak. Bola sepak guna buah jambu batu muda korang oiiii!
Dasyat betul bila geng-geng pompuan bergabung aura.
Biasanya kalau time cikgu tak masuk kelas, tutup semua pintu termasuk tingkap, maka bermulahlah projek bole sepak diaorang tu.
Walaupun saya ni adakalanya macam skema skit, tapi sama naik gak join diaorang main tapi sekali sekala jelah…hahaha
Kalau waktu petang, selalu jugak saya melawat dan melepak kat asrama sekolah atau asrama yayasan.
Kelas kitaorang, kalau setakat kene denda berdiri atas kerusi tu biasalah. Selalunya sebab bising.
Nakal-nakal pun kitaorang, guru tetap kami hormati. Kalau ada cikgu merajuk, nanti adalah yang jadi pegawai perunding. Kitaorang pun rapat dengan cikgu walaupun kat luar kelas.
Alhamdulillah semua cemerlang dalam pelajaran.
Tulah asam garam sebagai seorang pelajar. Antara saat paling indah dalam hidup.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144