• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Ibu hamil yang sihat memang tidak ada masalah untuk berpuasa, malah jarang sangat nak tinggalkan puasa, namun tanda-tanda bahaya yang timbul perlu diketahui agar tidak memudaratkan kesihatan ibu atau bayi dalam kandungan.

Walaupun lagi 2 hari jer nak habis bulan puasa, tapi nak jugak share pasal ibu hamil berpuasa ni. Mana tahukan, ada ibu hamil yang nak ganti puasa atau nak ambil puasa sunat 6 hari Syawal kan? Boleh buat panduan, ye tak? hehehe

Tanda-tanda Bahaya Yang Perlu Ibu Hamil Ketahui Jika Sedang Berpuasa

Para ibu hamil perlu hubungi doktor secepat mungkin sekiranya:-

  • Ibu berasa pening kepala atau rasa sakit, atau demam
  • Ibu berasa loya atau mula muntah
  • Berat badan para ibu tidak bertambah atau berat badan ibu semakin berkurangan. Biasanya berat badan ibu diambil sewaktu temujanji pranatal. Namun, ibu juga boleh menimbang sendiri di rumah bagi memantau berat badan.
  • Apabila ibu berasa sangat dahaga atau air kencing bertukar warna menjadi gelap dan berbau kuat. Ini merupakan tanda-tanda penyahhidratan. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan ibu lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.

Para ibu hamil perlu hubungi doktor dengan SERTA-MERTA jika:-

  • Ibu mengalami kesakitan seakan-akan sakit bersalin. Keadaan ini berkemungkinan besar akan berlakunya kelahiran pramatang dan sebab tulah para ibu perlu menghubungi doktor dengan segera.
  • Ibu dapati perubahan ketara pada pergerakan bayi. Contohnya bayi tidak bergerak atau kurang menendang.
  • Para ibu berasa lemah, keliru, pening atau letih walaupun telah mempunyai rehat yang cukup dan berkualiti. Sekiranya perkara ini berlaku, para ibu perlu berbuka puasa segera dengan air garam dan gula.

Sekiranya ibu ingin mengetahui bagaimana ibu beranak 4 ini tidak dapat berpuasa pada bulan Rejab dan Syaa’ban, sebaliknya dapar berpuasa penuh pada bulan Ramadan, jom tonton video ni:-

 

 

 

Walaupun ibu rasa mampu berpuasa penuh, namun Islam memberi rukhsah (keringanan) untuk ibu berbuka puasa sekiranya melibatkan kesihatan diri yang sedang berbadan dua atau bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya para ibu merasakan perlu mengambil sesuatu untuk bekalan tenaga tambahan, boleh amalkan seperti yang dibuat oleh puan Haridah Sahri seperti di dalam video di atas.

Ketahui juga 9 Tips Ibu Hamil Kekal Bertenaga Semasa Bulan Puasa.

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge