• Putrajaya, Malaysia
  • November 22, 2024

Sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September, Malaysia akan mengalami pemanasan global atau lebih dikenali sebagai fenomena ekuinoks. Sewaktu berlangsungnya fenomena ini, matahari akan berada tepat  di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

 

 

heat stroke

 

 

Ekoran daripada keadaan serta pendedahan kepada suhu yang tinggi, kita berisiko untuk mendapat heat stroke atau strok haba, iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan normal kita adalah 37 darjah Celsius.

Badan kita ni mempunyai sistem pemanasan/penyejukan semulajadi. Apabila cuaca menjadi terlampau sejuk/panas, badan kita akan acclimatize (menyesuaikan diri) untuk menjadi biasa dengan suhu tersebut.

Namun, sewaktu  kita mengalami strok haba, badan kita akan kehilangan upaya untuk menyejukkan badan secara normal. Suhu badan kita akan meningkat dan boleh mengancam nyawa.

Apabila kepanasan mula dirasai oleh badan, kita akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia merupakan satu proses yang normal, tetapi jika berterusan, ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Secara amnya, strok haba disebabkankan oleh Dehidrasi, yakni badan  kita kekurangan air yang sepatutnya. Darah akan menjadi pekat, sekaligus boleh merokkan organ dalaman.

 

Siapa Berisiko Mendapat Heat Stroke

  • warga emas
  • wanita hamil & menyusu
  • kanak-kanak dan bayi
  • orang yang mempunyai masalah kesihatan (seperti darah tinggi, sakit jantung, paru-paru)
  • orang yang jarang minum air

 

Bila Keadaan Yang Berisiko Mendapat Strok Haba?

  • Dehidrasi –  tidak minum air dengan cukup, selepas senaman, terdedah kepada kepanasan matahari, cirit-birit, muntah-muntah.
  • Cuaca panas dan sesak
  • Terdedah kepada haba matahari
  • Apabila berlaku kebakaran hutan/jerebu.

 

Simptom-simptom Strok Haba:-

  1. Suhu badan meningkat
  2. Kulit menjadi kemerahan (kerana panas) dan tidak berpeluh.
  3. Degup nadi meningkat
  4. Pening, loya
  5. Sakit kepala menyucuk-nyucuk
  6. Pitam/pengsan

Cara Mencegah Strok Haba

  • Minum air dengan konsisten. Minum Performance Drink yang terbukti menghidrat lebih baik daripada air biasa.
  • Kurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri kepada kepanasan.
  • Kalau rumah panas sangat, cari tempat yang ada air cond untuk menyejukkan badan.
  • Makan sedikit-sedikit, jangan makan terus banyak sehiingga sampai kenyang terlajak.
  • Pastikan sentiasa sejuk (keep yourself cool) – mandikan anak-anak dengan kerap atau lap badan dengan tuala basah selalu.

 

heat stroke

 

 

tips sihat musim panas - cara elak strok haba

 

 

Performance Drink Bantu Cegah Strok Haba

Performance Drink merupakan minuman isotonik yang wajib ada dekat rumah setiap orang kerana ia boleh menjadi hidangan untuk seisi keluarga. Ianya terbukti secara klinikal untuk rehidrasi dan memelihara kulit di kala cuaca panas.

sebab mengantuk di siang hari

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

11 thoughts on “Strok Haba; Tanda, Cara Rawat & Langkah Pencegahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge