Walaupun keistimewaan bagi pengguna WordPress ialah kedudukan blog tidak mudah jatuh ke belakang sekiranya jarang dikemaskini berbanding pengguna Blogspot, namun salah satu kelebihan Blogspot ialah dengan penggunaan keyword yang tepat, blog mudah berada pada muka hadapan jika rajin dikemaskini.
Blogspot dimiliki oleh Google. Jadi banyak kelebihan yang bakal dinikmati oleh pengguna Blogspot menerusi Google. Namun, terdapat kaedah yang boleh digunakan oleh pengguna WordPress bagi membolehkan entri atau site mereka diindex oleh Google. Salah satu caranya ialah menggunakan Google Webmaster Tools.
Untuk lebih faham lagi, analoginya, Google ni adalah seorang bapa kepada Blogspot. Manakala WordPress ni adalah kawan kepada Blogspot. Jadi kalau Blogspot masuk ke rumah Google, sudah pasti Google kenal (notice & aware) anak sendiri.
Sekiranya WordPress datang ke rumah pakcik Google ni, WordPress perlu memperkenalkan diri dulu yang dia ni adalah kawan kepada Blogspot. Lain kali kalau pakcik Google ni jumpa WordPress di kawasan rumah dia, dia dah kenal dah dengan WordPress. Jadi taklah pakcik Google buat tak peduli jer kan. Dah kawan anak dia 🙂
Langkah-langkah Untuk Index WordPress Site Menggunakan Google Webmaster Tools
- Pastikan anda mendaftar dengan Webmaster Tools terlebih dahulu
- Klik pada butang “Add Site”
- Masukkan URL website anda.
- Kemudian klik pada butang “Continue”
- Pilih tab “Recommended Method”
- Copy meta tag (HTML) seperti di atas.
- Login pada dashboard website anda.
- Pilih “Appearance”
- Kemudian pilih “Editor”
- Scroll ke bawah dan pilih “Header”
- Paste meta tag tadi di mana-mana bahagian di dalam “Header” (di antara <head> dan </head>).
- Klik butang “Continue” di bahagian bawah Editor.
- Pergi kembali ke laman Webmaster Tools yang mempunyai meta tag tadi.
- Klik butang “Verify”
- Sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah, mesej seperti di atas akan dipaparkan.
- Pergi kembali ke page Webmaster Tools.
- Setelah website anda disahkan (verify), URL website anda kelihatan aktif di page Webmaster Tools.
- Klik pada URL tersebut (cth: www.myliferia.my).
- Senarai menu sebelah kiri page akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik pada “Crawl”
- Kemudian klik pada “Fetch As Google”
- Copy URL entri terkini anda seperti di atas
- Klik butang “Fetch”
- Klik pada butang “Submit To Index”
- Buat pilihan cara crawl seperti di atas
- Klik butang “Go”
- Contoh di atas menunjukkan semua entri yang telah berjaya diindex.
Anda boleh juga merujuk video di Youtube seperti di bawah:-
Selamat mencuba. Diharap dapat membantu anda untuk sama-sama berada di muka depan Google 🙂
Byk juga blog2 blogspot berada di first page google…
Hairul Hissam recently posted…Senarai Produk Makanan Hot Dari Felda & Testimonial Usahawan Air Soya Taufufah Yg Berjaya
Betul tu, ni mesti rajin update 🙂
terima kasih infonya,mudahan ramai blogger dapat manfaatnya ni…
Denaihati recently posted…Review lengkap blog adik beradik Fatihah Fazlin
Sama-sama, inshaa Allah 🙂
yap. Itu aje kena buat. Hooho..
benda biasa buat bila wat blog baru.
titan recently posted…Pakej Ratu Spa Aishah Radhiah
h
rsenye xyah fetch entri terbaru pun xpe kn…
Katak Comel recently posted…Video Wanita Terbakar Ketika Makan Steamboat
Kalau fetch lg cepat google index, tunggu turn lama sket