• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Seringkali apabila kita bertanyakan resipi kejayaan seseorang yang telah mencapai satu tahap yang agak membanggakan, pasti salah satu daripada rahsia kejayaan mereka adalah meletakkan sesuatu keutamaan (priority) dalam kehidupan.

Senarai keutamaan adalah senaraiperkara-perkara yang kita nak buat, tidak kira dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Ianya sangat penting bagi membantu kita untuk FOKUS, dan mengawal diri agar tidak terlalai dibuai keasyikan dunia.

 

 

Tips berjaya dalam hidup dan perniagaan

 

Bagaimana Melakukan Senarai Keutamaan Harian

Sediakan sehelai kertas atau sebuah buku, kemudian tulis perkara-perkara tersebut:-

 

#1: Penting & Segera (Wajib Buat Tanpa Bertangguh)

#2: Penting Tapi Tak Segera (Wajib Buat Tapi Boleh Tangguh)

#3: Tak Penting Tapi Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa Tapi Kalau Nak Buat, Perlu Buat Sekarang)

#4: Tak Penting & Tak Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa, Boleh Buat Jer Bila Ada Masa Free)

 

Contoh Senarai Keutamaan Harian

Hari: Khamis, Tarikh: 18 Jun 2015

 

#1: Penting & Segera (Wajib Buat Tanpa Bertangguh)

  • Solat  awal waktu
  • Update blog bertajuk “Tips Kurus Sihat Pada Bulan Ramadan
  • Blogwalking 5 blog
  • Follow up customer yang beli barang pada 16 hb
  • Coaching anak cucu
  • Print nota dari group iReach

 

#2: Penting Tapi Tak Segera (Wajib Buat Tapi Boleh Tangguh)

  • Kemaskini senarai pelanggan
  • Kemaskini birthday anak cucu
  • Buat plan mingguan
  • Habiskan baca buku

 

#3: Tak Penting Tapi Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa Tapi Kalau Nak Buat, Perlu Buat Sekarang)

  • Jawab call
  • Reply email bukan dari customer/prospek

 

#4: Tak Penting & Tak Segera (Tak Buat Pun Tak Mengapa, Boleh Buat Jer Bila Ada Masa Free)

  • Scroll newsfeed
  • Tengok TV
  • Baca novel
  • Ikuti gossip-gossip semasa

 

Jadi bila kita dah buat senarai dan kategori keutamaan ni, baru nampak yang mana lebih penting kan? Nombor 1 tu memang perlu buat sekarang, takde tapi nanti dah. Nombor 4 tu pulak, tak perlu nak consider dulu, tak payah buat sebab kat situlah yang selalu buang masa berharga kita.

Amacam, boleh?

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge