• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Senaman memang bagus sewaktu kehamilan, namun para ibu perlu memilih jenis senaman yang bersesuaian agar tidak memudaratkan ibu dan bayi. Kesilapan sewaktu senaman pun perlu dielakkan agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

 

7 Jenis Senaman Selamat Untuk Ibu Hamil

Senaman berikut adalah selamat untuk ibu yang mengandung walaupun ada sesetengah daripadanya mungkin sudah tidak bersesuaian apabila kandungan telah berada pada bulan-bulan terakhir.

Yang penting, dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal/senaman.

 

 

senaman semasa hamil - berjalan

 

#1: Berjalan

Berjalan merupakan salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil. Ianya mampu  mengekalkan kecergasan tanpa mencederakan lutut dan pergerakan kaki.

Senaman adalah sangat selamat di sepanjang 9 bulan kehamilan dan mudah untuk dimasukkan ke dalam jadual harian para ibu.

 

#2: Renang

Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung.

Renang adalah ideal keranan ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badan mereka ringan walaupun badan telah semakin berat ekoran kehamilan.

Para ibu juga boleh mengikuti kelas senaman di dalam air. Bersenam sambil berdiri di atas air adalah lembut untuk sendi dan dapat mengelakkan bengkak kaki yang sering berlaku di akhir kehamilan.

 

 

tips kurus lepas bersalin

 

#3: Yoga & Regangan

Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekecangan otot dan membuatkan para ibu fleksibel tanpa apa-apa kesan bururk ke atas sendi.

Walau bagaimanapun, para ibu disyorkan untuk menambah regim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung bekerja dengan lebih baik.

Berhati-hati supaya tidak keterlaluan melakukan senaman regangan, para i bu akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin yang menyebabkan badan para ibu lebih elastik.

Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti secara keterlalun.

 

 

senaman semasa hamil - pilates

 

#4: Pilates

Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibiliti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelviks yang dikenali dalam Pilates sebagai “teras stabil” atau asas.

Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Oleh keranan Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik, maka ianya sangat bermanfaat untuk para ibu kerana sewaktu hamil, otot-otot tersebut menjadi lemah.

Kebanyakan senaman Pilates dilakukan dalam posisi “tangan dan lutut” yang mana merupakan kedudukan yang ideal semasa mengandung.

KePosisi ini akan mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis para ibu pada peringkat akhir kehamilan dan bantu meletakkan bayi ke dalam posisi yang baik untuk bersalin.

 

#5: Senaman Angkat Berat

Para ibu boleh melakukan senaman angkat berat sekiranya telah menjadi sebahagian daripada senaman ibu sekalian. Tapi jangan menggunakan besi yang terlalu berat atau postur tertentu.

Jika mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan teknik yang betul, senaman angkat berat boleh bantu mengencangkan otot-otot badan para ibu.

 

Elakkan panas badan yang keterlaluan dan keletihan, kurangkan aktiviti apabila kehamilan semakin membesar.

 

senaman semasa hamil - tarian

 

#6: Tarian

Jantung boleh mengepam darah dengan baik jika para ibu menari menggunakan muzik latar yang digemari dalam keadaan selesa dan penuh privasi ruang tamu.

Elakkan pergerakkan yang memerlukan para ibu melonjank, melompat, memutara tau menggoyangkan punggung. Teknik adalah sangat penting. Elakkan juga pertukaran hala secara tiba-tiba.

 

#7: Aerobik Berimpak Rendah & Fitball

Salah satu kebaikan kelas aerobik ialah ia merupakan satu tempoh yang mana para ibu tahu yang para ibu akan melakukan senaman dengan lebih baik.

Jika ibu-ibu menyertai kelas aerobik khusus untuk wanita hamil, para ibu boleh merasai keakraban berdamping dengan orang yang sama-sama hamil dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan adalah selamat untuk diri sendiri dan juga bayi.

 

Selamat bersenam ye para ibu sekalian. Semoga kelahiran yang bakal menjelma ni akan selamat dan menjadi lebih mudah 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge