Assalamualaikum, selamat pagi tahun baru 2018!
Wahhh, dah tahun baru ni, berderet disenaraikan azam. Tapi banyak juga azam lepas yang tak tertunai, iyer dok?
Tahun ni KIM nak usahakan supaya lebih banyak tindakan.
Untuk diri dan keluarga, KIM nak usahakan agar perjalanan harian lebih tersusun. Kene sendiri lebih disiplin kalau buat jadual.
Budak-budak ni pula kena ajar lebih berdirikari serta tingkatkan survival skills. Cuma biar dalam situasi yang penuh keseronokan.
Baru tak stress depa kan?
KIM juga akan buat lebih banyak sharing yang boleh berikan manfaat pada orang lain. Even sharing tentang rutin harian. Korang suka tak resipi mudah, simple campak-campak jer tapi sihat dan sedap?
Sharing tentang kesihatan, parenting dan tips-tips harian kita lah.
Untuk bisnes, KIM harap dapat bantu lebih ramai orang lagi dalam jana pendapatan. Tak kiralah pendapatan utama atau sampingan.
Buat bisnes dengan modal tak sampai rm 100. Sape tak mahu kan? Risiko rugi tu kurang tapi perlukan komitmen, usaha dan kesungguhan yang tinggi. Bukan harapkan untung dari langit tau.
Hapefully juga KIM dapat siapkan projek Haiku Tanka KIM. Tinggal final touch.
Doakan KIM ye. Korang punya target tahun ni macamana pulak?
Naimah Wahab
019-9377380