Fuhhh….sebenarnya cuak juga saya nak buat entry ni sebab website saya ni baru lahir, jadi sah-sahlah lompang sana sini. Tapi demi kebaikan untuk website ini sendiri, saya gagahkan juga untuk menyertai Segmen – Saya Mahu Ditegur ni.
Pertamanya terima kasih buat teman saya, Deeja yang bagitau pasal segmen ini. Juga terima kasih kepada pihak penganjur, eyriqazz.com. Walaupun dah tinggal tak sampai tiga hari jer lagi dari tarikh tutup, saya tetap teruja nak sertainya sama. Dia antara sebab kenapa saya mahu ditegur ialah:-
- saya blogger baru, tersangat baru dan sememangnya perlu tunjuk ajar
- nak tambah ilmu dan kemahiran
- nak sama-sama sebarkan ilmu dan kemahiran bila dah pandai nanti
- berukhwah
- semoga dapat berkongsi maklumat yang setepat yang mungkin
- dapat guide daripada orang-orang yang sudah berpengalaman, jadi mereka yang baik hati ini akan terus bawa kita ke point yang sepatutnya
- supaya website saya tak jadi website syok sendiri
- tak mahu website bersawang
- sentiasa ada peningkatan
- from zero to superb
Sekiranya anda ingin melihat senarai produk Shaklee, sila klik di sini.
Untuk membuat sebarang tempahan, sila klik di sini.
Terima kasih
blog baru macam saya juga.
header memang sempoi.
sidebar tambah lagi widget
widget kat bawah ni elok la di delete.
apa pon …be yourself.
Pyan Shafii recently posted…Makhluk Asing Dijumpai ?
Sdr. Pyan Shafii,
Terima kasih sudi menyinggah dan memberi komen. Dah delete widget kat bawah. InsyaAllah akan ikut saranan yang lain. 🙂
Naimah Wahab recently posted…Cara Bancuh ESP Shaklee
selamat datang ke dunia blogger..tak banyak boleh ditegur..sebab baru kan..:D
1.Bahagian about tu,alamat emel tu elok diletakkan dalam bentuk image..kalau tak, harvest email software akan detect..dan spam ke inbox email nanti..
2.kot letak gambar sendiri kat header mungkin lagi best..saya je belum letak header lagi.ehee
reezluv recently posted…Kisah Awek Aeon Credit & Apek P1
Sdr. Reezluv,
Wah, saya suka komen2 yang agak teknikal sbb saya tak berapa terror sangat bab2 tersebut. Saya dah ubah kepada picture. Terlalu simple, akan ditambah baik nanti. Terima kasih 🙂
Naimah Wahab recently posted…Cara Bancuh ESP Shaklee
salam admin myliferia,
utk sebuah blog baru, blog ni nmpk profesional sbb m’gunakan latar putih – warna yg bersih, kemas dan selamat.
sy cadangkan widget pages di bawah blog ni disorok kerana tak terlalu penting. itu saja. dan widget category boleh buang salah satu 😉
happy blogging dan selamat maju jaya 🙂
Ummi Hanie recently posted…Keajaiban kalimah BISMILLAH
Salam Umie Hanie,
Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak juga pandangan membina. Saya dah sorokkkan widget2 tersebut 🙂
Naimah Wahab recently posted…Segmen – Saya Mahu Ditegur
assalam.. sy dr segmen yg sama..
Komen sy blog nmpk simple..
Mungkin Blh tmbh template @ gmbr bg ceria…
Sya Azida recently posted…Segmen – Saya Mahu Ditegur
Sya Azida,
Terima kasih, insyaAllah akan dipertingkatkan lagi seperti cadangan tersebut 🙂
Naimah Wahab recently posted…Segmen – Saya Mahu Ditegur
Intgihss like this liven things up around here.
blog simple tapi nice, bagis aya ok sahaja
suri recently posted…Solat Jamak Dan Solat Qasar
tq sudi menjengah ke sini, Suri 🙂
salam perkenalan daripada saya.
laman blog yang simple dan putih…boleh serikan dengan 2-3 color.
tips daripada saya, gunakan 2-3 warna untuk menghasilkan laman blog yang menarik…
Farid Adam recently posted…Adab-adab Berjiran Dalam Facebook
Terima kasih di atas kunjung balas dan tips yang sudi diberikan 🙂
Emm themes cantik dah..kemas..putih..saya suka putih..hehe..cuma saya harapkan promosikan blog ni kearah niche sepertimana yang admin tetapkan..kalau boleh perbanyakkan artikel berkenaan dengan kesihatan dan produk..hehe..
Hafizul recently posted…Mak Buatkan Kiter Cempedak Goreng
Terima kasih sdr Hafizul, isyaAllah dalam proses menambah entry 🙂
blog ni nampak professional 🙂
Zuan recently posted…Uncle Zuan Blog
Tq Zuan,
Harap2 isinya nanti akan seindah rupa 🙂
Assalamualaikum pada admin.. Pertama kali jejak ke blog ini..
1. Dari segi theme ok dah.. Load laju, pengubahsuaian mengikut citarasa perlu buat tapi slow2 pun takpe..
2. Niche blog ok, sesuaikan dan teruskan buat posting..
3. Bab navasi blog tu boleh di perkemaskan lagi..
Irwan Alessa recently posted…Misi Blog Terbaru
Waalaikumussalam Irwan,
Terima kasih banyak2 atas pandangan yang membina 🙂
blog simpoi kemas cuma 2 yg penting utk SEO anda missing perlu baiki segera…
1. WARNING missing description
2. WARNING missing keywords tag
AUC recently posted…Hanya 30 Saat Dapat Elak Daripada Mati Mengejut
AUC,
Terima kasih atas makluman tersebut. Ada kemungkinan tak warning tu keluar sebab saya tengah edit post semasa AUC ke sini? Boleh saya tahu kat mana warning tu keluar?
Naym Wahab recently posted…VitaLea Iron Formula Ibu Segala Multivitamin
benda yang paling saya suka ialah header, simple tapi menarik 🙂
Khairul Zamri recently posted…Tak Penat Ke Update Blog Hari-Hari
Terima kasih Khairul Zamri sudi singgah 🙂
Tak ada benda nak tegur, blog simple dan kemas.
Bahrain recently posted…Wifi Lembab Jadi Laju
Terima kasih sdr. Bahrain datang menjenguk. 🙂
Teguran saya :
1) Header blog belum cukup menarik
2) Template blog agak kemas
3) widget about, contact, maybe boleh dikemaskinikan dengan informasi terkini
eyriqazz recently posted…Kenapa Anda Perlu Refinance Rumah
Terima kasih di atas teguran tersebut, Tn. Eyriqazz, insyaAllah saya akan perbaiki dari masa ke semasa 🙂
Naimah Wahab recently posted…Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan Hatiku?