Cara Terbaik & Berkesan Merawat Keputihan
Keputihan merupakan masalah global di kalangan wanita. Ramai wanita yang mengalami keputihan. Jom kita selongkar info tentang keputihan dan cara-cara merawatnya. Apakah Itu Keputihan? Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar …
Keputihan merupakan masalah global di kalangan wanita. Ramai wanita yang mengalami keputihan. Jom kita selongkar info tentang keputihan dan cara-cara merawatnya.
Apakah Itu Keputihan?
Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan pelbagai sifat; bergantung kepada punca masalah yang berkaitan.
Sesetengah keputihan adalah normal, namun ada sebahagiannya boleh mendatangkan mudarat.
Bagi wanita hamil, lebihan lelehan faraj adalah normal, namun perlu dititikberatkan penjagaan kebersihan faraj supaya tidak dilanda masalah keputihan.
Sebab-sebab Berlakunya Keputihan
1. Kehamilan
Sewaktu hamil, kandungan gula yang dipanggil glikogen meningkat dan secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan kulat.
2. Kencing Manis atau Diabetes Gestasi
Keputihan boleh berlaku sekiranya anda menghidapi kencing manis atau diabetes.
3. Stress atau Keletihan
Tekanan kerja dan keletihan yang berpanjangan boleh menyebabkan keputihan.
4. Pengambilan Antibiotik
Terdapat beberapa jenis antibiotik yang menganggu keseimbangan mikro-organisma baik dan jahat.
5. Jenis Pakaian
Pakaian yang ketat ataupun materialnya yang diperbuat daripada kain sintetik yang panas boleh menghalang pengaliran udara dan boleh menggalakkan penghasilan keputihan.
6. Jenis Sabun atau Pewangi
Sesetengah mandian buih berpewangi dan pelapik seluar dalam yang beraroma boleh merangsang keputihan.
Jenis-jenis Keputihan & Puncanya
1. Berwarna jernih, tidak berbau & tidak gatal
- normal
- berlaku 2 minggu menjelang haid, waktu subur dan semasa mengandung
- sekiranya stress
2. Berwarna putih, berair & berbau
- biasanya gatal sekitar faraj
- sakit ketika membuang air kecil
- akibat jangkitan kulat candida albicans
3. Putih, pekat, melekit dan berbau
- berpunca daripada radang pada serviks dan vagina
- juga akibat jangkitan candida albicans
4. Coklat & berair
- berpunca dari pembuluh darah pada serviks atau endometriosis.
- warna coklat boleh berpunca daripada keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman
5. Merah muda, cair & tidak berbaul
- biasanya kerana melahirkan anak
- mungkin petanda pendarahan pada pangkal rahim, rahim ataupun faraj.
- juga akibat hormon estrogen yang berlebihan
6. Kelabu dengan garis berdarah dan berbau busuk
- jarang berlaku
- kemungkinan petanda awal kanser
7. Kuning kehijauan, gatal & busuk
- sekiranya berasa sakit sekitar kawasan kemaluan
- tanda kemerahan di faraj
- mungkin dijangkiti protozoa trichomonas vaginalis
8. Kuning & kental
- panas pada kemaluan
- sakit ketika membuang air kecil
- akibat jangkitan nisseria gonorrhoe
Cara Terbaik Merawat Keputihan
Shaklee menawarkan Set Keputihan Premiun yang selamat, berkesan dan 100% semulajadi.
Set Keputihan Premium Shaklee terdiri daripada:-
- Alfafa – Kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat
- GLA – Menghalang kulat daripada merebak
- Garlic – Antibiotik semulajadi, antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan.
Testimoni Set Keputihan Shaklee
Anda berminat untuk Menghilangkan Masalah Keputihan anda?
Hubungi saya untuk sebarang order: