Ewaahhh, tajuk tak hengat, hehehe. Harini teringin pulak nak makan pulut kelapa. Beras pulut pun dah beberapa hari lepas dah siap-siap beli.
Gambar kredit pada resipidaria dan acardapur. Saya punya belum dihidang lagi. Settlekan baby dulu.
Pulut ni biasanya mak saya tanak atas dapur, tapi saya belasah rice cooker je. Dah ada hero-hero kecil ni, bimbang terhangit plak pulut tu (hehehe…alasan je kot!). Sebenarnya lagi senang pakai rice cooker, sambil-sambil masak pulut tu, bolehlah buat kerja lain, kan kan?
Ok, cikedaut!
Bahan-bahan Pulut Putih Kelapa Parut
- 2 pot pulut
- 2 pot air
- 1-2 helai daun pandan
- Secubit garam
Bahan-bahan Kelapa Parut
- Secawan kelapa muda parut
- Secubit garam
- Secubit gula
Bahan-bahan Lain
- Ikan kering
- Beras pulut goreng tanpa minyak
Cara Menyediakan Pulut Putih Kelapa Parut
- Basuh beras pulut hingga bersih
- Masukkan ke dalam rice cooker.
- Masukkan air ikut sukatan beras.
- Masukkan daun pandan.
- Masukkan garam.
- Biar masak. Kalau nampak pulut kurang masak/masih mentah, masukkan sedikit air dan masak kembali (ada beras pulut yang jenis agak keras).
Cara Menyediakan Kelapa Parut
- Masukkan kelapa parut dalam mangkuk.
- Masukkan garam dan gula.
- Gaul rata
Bila pulut dah masak, boleh lah nak bentukkan bulat-bulat atau tak, nak gaul dengan kelapa atau taruk je kelapa tu kat tepi, hidang bersama ikan kering masin dan taburkan beras pulut goreng tadi.
Sedap sedap sedap ?
Jom buat pulut yang senang sangat nih?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Woww sedapnya , lama x makan masakan tradisional macm ni…terus terliur n rasa lapaq la plak huhuhu
Aree recently posted…Ebook Panduan Pasar Malam Dan Uptown
Sedap Aree, sampai malam saya makan?
peminat setia pulut..masak lah dalam macam-macam resepi tetap bedal juga..
Afiqah recently posted…Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih
Owhh, pulut manis gula melaka pun sodappp, pulut mangga? Pulut durian, cendol pulut? Yam yam???
Sedap nih…feberet saya. Ngam jugak kalau makan dengan ikan kukus goreng.
hawa recently posted…Bukan Sekadar Masker Di Musim Panas
Betul lah sis Hawa, sedap tu ikan kukus goreng???
sedap makan pulut macam ni time kenduri kahwin..Di Kedah, selalu makan pulut macam ni as a menyerok (breakfast) semasa kenduri kahwin
Noriza Rahman recently posted…Sejukkan Badan dan Kekal Sihat ketika Cuaca Panas
Oooo, baru tau kat sana panggil menyerok untuk sarapan?
Terima kasih resipi puan ni, saya terus cuba baru sat tadi dan Alhamdulillah menjadi dan makan dengan pekasam ikan kembong buatan sendiri. Saya memang nak sangat rasa pulut yang masa kecik2 dulu makan ada taburan pulut goreng tu yang dimasak oleh arwah mak saya, tapi bila saya masak pulut saya tak tahu resipinya sehinggalah saya terjumpa resipi puan. Saya akan terus masak pulut ikut resipi puan yang terbaik dari resipi2 lain, dan pasti kali ini anak2 saya akan suka makan pulut gaya puan ni berlaukkan pekasam ikan yang saya buat sendiri. Thanks.
Alhamdulillah, tumpang happy dan terharu pulak saya rasa.
Seronok pun iye bila dapat kembalikan nostalgia kita masa kecil bersama orang tersayang, memang seronok!
Terima kasih sudi mencuba resipi dari blog ni tau. Semoga puan sekeluarga semakin sihat bahagia dengan air tangan puan sediakan makanan berkhasiat untuk yang tersayang???
Naimah Wahab recently posted…Tips Turun Berat Badan 4 Kg Dalam Masa 14 Hari