Resipi nasi goreng bilis hujung minggu, ni bukan tak boleh buat hari biasa tapi memandangkan saya goreng pagi tadi, kene pulak time balik kampung ni, tu dapat nama dia tu, feel bercuti gitu…hehehe
Apa-apa jelah kak non, yang penting simple dan sedap. Sedap tu…kiki
Jom tengok bahan-bahan dan cara menyediakannya 🙂
Bahan-bahan Nasi Goreng Ikan Bilis
- Semangkuk nasi putih
- 1/2 cawan bilis
- 3 biji cili merah
- 2 biji cili padi hijau
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Lobak merah
- Kobis
- Garam
Cara Menyediakan Nasi Goreng Ikan Bilis
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi hijau (merah pun takpe).
- Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga garing.
- Masukkan bilis yang ditumbuk separuh hancur.
- Masukkan lobak merah dan kobis yang dipotong halus memanjang. Nak letak sayur lain pun takpe. Kalau tak letak sayur tapi makan bersama ulam-ulaman pun sodap!
- Masukkan nasi putih
- Masukkan garam secukup rasa.
- Biar garing sikit
- Sedia untuk dihidangkan
Sempena cuti sekolah ni, kalau nak cepat sediakan sarapan, bolehlah try resipi nasi goreng ikan bilis ni. Berkhasiat pun ye. Kalau anak tak suka pedas, guna jer cili merah sahaja. Kalau orang suka pedas, gantikan dengan cili padi, mesti terangkat!
Note: Nak senang, sediakan semua bahan sebelum tidur. Kalau nak lagi senang, blend jer semua bahan tumis siap.
Cooking is simple what? :p
Cuba tau 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
lapar plak malam-malam gini nengok nasi goreng nih.
adehh..
titan recently posted…Saya ada masalah dengan Jobdirumah
Supper cikgu, supper, lepas tu jogging setempat…hehehe
betul betul betul!
hahaha..kita pun terliuq tengok nasi goreng ni..
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Jom try???
nasi goreng dengan ikan bilis ni dululah makanan paling glemer masa saya belajar
Olaoli recently posted…Fanatik politik di FB
sedap kan? kalau yang suka pedas tu, memang berpeluh abis satu badan 😛
makanan popular masa dekat kampus dulu..nie je lah yang mampu masak..
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Takpe, khasiat banyak ni??
makanan popular time dekat kampus dulu..nie je lah yang mampu masak
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Biarpun resepi simple tapi mampu membuka selera,ini mau tambah lagi ni
Afiqah recently posted…Myliferia March Giveaway Bonanza
Simple itu sedapss…hehe
wah sedapnye..terus rasa lapar..kadang-kadang masakan yang simple ni lagi sedap kan..
zara recently posted…Punca-punca Penyakit Multiple Sclerosis dan Risikonya Terhadap Anda
kannn, yang simple nilah yang membuka selera tu…hehe
Lapar dengan masakan yang simple ni untung apa, kejap je boleh disediakan??