Rasanya macam dah lama tak berkongsi resipi kan? Almaklumlah, hujung minggu lepas pergi Program Pembangunan Kepimpinan Shaklee, hujung minggu ni pula Program Jejak Jutawan Shaklee. Tapi kali ni, nak juga kongsi resipi mek comel Terengganu atau lebih dikenali sebagai cik mek molek.
Pernah tak makan kuih cik mek molek ni? Memang resipi yang saya nak kongsi ni mudah dan ringkas sangat.
Kalau ikut saya, memang main campak-campak sokmo, tapi untuk mudahkan kalian yang rajin bertandang ke sini, saya buatlah anggaran sukatan dia eh. Demi semua Myliferia yang dikasihi. Ewahhh, bermadah pulak…hehehe
Bahan-bahan Kuih Cik Mek Molek
- 5 ketul ubi keledek (isi putih/ungu) – anggaran 2 cawan
- 1/4 cawan tepung gandum
- Gula pasir – nak lebih sihat, gantikan dengan gula perang/gula melaka/gula tebu
- Secubit garam
- Sedikit air jika perlu
- Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan Kuih Cik Mek Molek
- Rebus ubi keledek sehingga empuk tapi jangan terlalu lembik.
- Lenyek/tumbuk/parut ubi keledek yang telah ditoskan – masukkan ke dalam mangkuk besar.
- Campurkan tepung gandum dan garam.
- Uli dan gaulkan sehingga sebati.
- Tambah air jika adunan terlalu berderai.
- Uli sehingga menjadi doh tapi tidaklah seelastik doh roti.
- Ambil sedikit adunan sebesar separuh genggam
- Bentukkan bujur sambil buat lekuk kat bahagian tengah (macam nak buat kuih buah melaka/onde-onde)
- Masukkan gula
- Tutup seluruh permukaan yang terbuka tadi agar gula tidak terkeluar.
- Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan.
- Tos dan sedia dihidangkan.
Tips Masakan
- Untuk mengelakkan adunan ubi keledek melekat pada tapak tangan, lembabkan tangan dengan air terlebih dahulu.
- Jangan tos dengan tisu kerana gula yang mungkin terkeluar akan melekat pada tisu tersebut.
Mudah jer kan? Nampak jer macam panjang berjela penerangan, tapi buat tu beberapa step jah. Saya buat juga kuih mek comel ni sebab incik hubby suka sangat makan kuih ni. Yang tak habis goreng bolh
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
alahai.. la x dpt mkn yg ni
Terima Kasih join Pencarian bloglist nurfuzie.com #1..
Jom BW peserta yang lain : Bloglist Nurfuzie.com
Eintan Nurfuzie recently posted…Veterinar | Rabies, Penyakit Anjing Gila
singgah baca…
insan marhaen recently posted…Beberapa Tugasan Esok
Terima kasih sudi bertandang?
PEBERET NI
ajuya recently posted…SHAKLEE MALAYSIA SPONSORS SUBANG JAYA 10KM RUN 2015
Oyehhh??
ahai sedap nyeeeee…salam kenal
BW daripada Bloglist Nurfuzie Dot Com #1
kuih nih..
orang comel-comel je boleh makan ke?
orang hensem cam gua tak leh makan la?
titan recently posted…Komisen ke 52 dari Ashadee.com
Hehehe…tau takpe, tapi kalau nak juga makan, kite tuko nama dia jadi “kuih awang hensem” lah 😛