Manggo lassi ni adalah salah satu minuman kegemaran incik suami. Kalau makan kat kedai nasib arab, memang air manggo lassi ni lah yang wajib order.
Biasanya air ni berharga dalam RM 6-7 satu gelas. Nak minum puas-puas, baik bikin sendiri. Macam biasalah cara saya, campak-campak, siap! Hehe. Kali ni sukat pakai mug dan sudu besar jer.
Bahan-bahan Manggo Lassi
2 mug mangga yang telah dipotong isinya, biasanya
1 1/2 mug ais
1 mug susu segar
1 mug air kosong
2 sudu besar gula (kalau mangga dah manis, tak perlu letak gula atau kurangkan)
3 sudu besar plain yogurt
Cara-cara Membuat Manggo Lassi
Campur semua bahan di dalam blender, kisar sehingga ais hancur dan semua bahan sebati.
Tambah ais jika suka.
Nota: Pastikan guna blender yang khas untuk kisar ais, kalau takde, boleh kisar dengan air sejuk atau masukkan ais kemudian.
Tadaaaa…..dah siap si manggo lassi. Saya pakai mug kat bawah ni nak sukat semua bahan. Senang weh…hehe
Percaya tak, kitaorang suami isteri, sekali hadap jer satu blender manggo lassi tu…nyaman dan puas hati…
Nanti free, karang cubalah. Bahan-bahan tu boleh buat lebih dan kurang ikut selera masing-masing. kalau nak manggo lassi yang lebih berkhasiat, boleh tambah dengan 1 sudu besar ESP, Meal Shake dan Performance Drink. Perghhh…tak makan nasi ler jawabnya 😛
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Aduhai. Mesti cari ni. Slurrppp. Sedapnya.
ida recently posted…4 Cara Marah Anak Supaya Anak Lebih Mudah Terima dan Sayang Kita
Harussss!!!! Hehehe
belum pernah try…nampak menyelerakan…jgn kata Naimah dan suami leh habiskan..kalau sis JM pun sekali hadap je tu….leh gak kan ganti ngan buah lain
JARI MANIS recently posted…“Kad RAYA” – Dari Rakan Blogger
Best kan JM? Boleh nak ganti dengan buah-buah lain. Tapi paling best buah-buah beri cam stoberi, blueberi. Tapi nak try yang lain pun oke jer.
Memang suka sangat minum dan makan mangga….nanti nak cari buah mangga lah pulak
Taukeh recently posted…Resepi Homemade Meatball Ala Ikea Atau Lagi Sedap dari Ikea!
Nak jugakkkkk!