• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Cuaca panas macam sekarang ni memang best kalau dapat minum air lai chi kang sebab air ni memang mengandungi bahan-bahan untuk menyejukkan badan.

 

Baru-baru ni saya ada menjemput jiran bertandang ke rumah. Sebenarnya beliau ada nak datang sebelum ni tapi kebetulan pula saya berada di kampung pada waktu tersebut. Menu simple jer, nasi lemak dan lai chi kang mewah. Dua-dua ni saya dah lama sangat teringin nak makan.

 

Kali ni memang saya bikin lai chi kang yang memang sarat dengan ramuan dia. Bukan apa, kalau beli kat kedai makan tu, ada sesetengah bahan dia tu ada yang tak kene dengan tekak, komplen nampak? hahaha

 

Bahan-bahan & Cara-cara Buat Lai Chi Kang Mewah

 

Biji teratai untuk lai chi kang
Biji teratai perlu direndam terlebih dahulu dalam setengah jam atau lebih.

 

 

Longan kering  untuk lai chi kang
Longan kering perlu direndamkan sekejap bagi membuang sebarang bendasing yang mungkin melekat.

 

 

Kurma merah kering  untuk lai chi kang
Kurma merah kering ni hanya perlu dimasukkan ke dalam air rebusan. Nak rendam dulupun sekejap takpe. Mana tahu ada serangga kecil kan?

 

 

Buah kembang semangkuk  untuk lai chi kang
Buah kembang semangkuk perlu direbus berasingkan. Nanti buang sahaja bijinya setelah isi menjadi kembang. Pun sama, boleh rendam sekejap sebelum rebus.

 

 

Biji selasih  untuk resipi lai chi kang
Rupa asal biji selasih sebelum direndam

 

Biji selasih untuk resipi lai chi kang
Biji selasih yang telah kembang setelah direndam dengan air panas

 

 

Beras barli untuk resipi lai chi kang
Beras barli sebelum direbus bersama bahan-bahan lain. Basuh dulu sebelum direbus ye dan rendam sekejap.

 

 

Cendawan kuning kering untuk resipi lai chi kang
Cendawan kuning kering setelah direndam di dalam air biasa selama 1/2 – sejam.

 

 

Cincau  untuk resipi lai chi kang
Cincau di dalam tiub

 

 

Cincau cincang  untuk resipi lai chi kang
Cincau yang telah dicincang di dalam mug.

 

 

Resipi Lai Chi Kang Mewah
Tadaaaa…inilah dia lai chi kang mewah. Akhir sekali tambah dengan laici dan nata de coco. Alhamdulillah….lepas keinginan yang telah lama terpendam.

 

Saya rebus sekali longan, kurma merah, beras barli dan biji teratai. Kemudian masukkan bahan-bahan rendaman lain seperti cendawan kuning, biji selasih dan buah kembang semangkuk. Jangan lupa masukkan gula perang untuk beri rasa manis. Akhir sekali masukkan laici dan nata de coco.

 

Lai Chi Kang haritu saya hidang suam-suam sebab kebetulan tetamu saya kurang sihat. Kalau suka sejuk, boleh tambah ais. Simpan dalam peti sejuk pun best. Terasa original lai chi kang tu 😀

 

Amacam, terliur tak? hahaha….Betul-betul rasa puas sangat hari tu makan nasi lemak bersama lai chi kang yang sarat dengan bahan-bahan terpilih dan memang semua saya suka. Dari siang sampai malam. Siap boleh simpan lagi satu bekas air besar tupperware tu. Balik dari kampung, sambung lagi minum….kikiki

 

Nanti jangan lupa try resepi ni tau. Mewah tu sebenarnya sebab banyak bahan dia. Lepas tu kalau kat kedai, belum tentu dapat semuanya. Lagipun, buat sendiri, lagi puas hati nak minum dan makan bahan-bahan dia tu. Lepas tu pulak, terjamin pun kebersihan dia kan?

 

Lagipun, bahan-bahan dia mudah jer nak dapat, boleh cari kat kedai runcit terutamanya di kawasan berdekatan pasar atau pun di pasaraya. Ni pun ada lagi bahan-bahan kering lai chi kang yang masih berbaki. Lain kali pulalah nak bikin 🙂

 

Oh, ye, saya da buat satu lagi versi Laici Kang Raya. Sedikit bahan tambahan baru dimasukkan kat dalam Laici Kang tu. Nanti boleh try eh.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

14 thoughts on “Resipi Lai Chi Kang Mewah Yang Sedap & Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge