• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Haaa, tak ke magic tu? Letak rempah kari nak buat kari kambing, tapi bila masak, kari kambing ni dah rasa macam gulai kambing lah pulak.
resipi mudah dan berkhasiat

 

 

Asalnya duk memikir-mikir, nak masak lauk apalah dengan daging kambing ni.

Nak masak sup kambing, risau bau hamis kambing dalam kuah, tak berselera pulak nak makan nasi ni karang.

Padahal ramai jer yang lagi suka makan masakan kambing yang memang ada bau hamis kambing, termasuk suami akak. Aakak jer yang tak boleh nak masuk sangat tekak ni kalau kuat bau hamis kambing tu…. hehe

Jadi, akak buatlah keputusan nak masak kari kambing.

 

 

Bahan-bahan Kari Kambing Versi Mama KIM

 

  • 400 gram daging kambing
  • 2 mangkuk air kosong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 potong halia dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah besar dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 3 sudu bawang merah dan bawang putih kisar.
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 keping asam keping
  • Secubit gula melaka
  • Garam secukup rasa

 

 

Cara Menyediakan Kari Kambing Versi Mama KIM

 

  1. Tumis bawang hiris, bawang kisar bersama halia dan cili boh hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari.
  3. Masukkan sedikit air untuk elak serbuk kari terlalu kering.
  4. Bila dah naik bau kari, masukkan daging kambing.
  5. Gaul rata daging kambing tadi bersama-sama rempah-ratus.
  6. Masukkan air, biarkan mendidih selama 30 minit.
  7. Masukkan asam keping, gula melaka dan garam. Biarkan merenih dengan api kecil sehingga daging kambing empuk.
  8. Jika perlu, tambah lagi air
  9. Sedia untuk dihidangkan.

 

Jemputlah menjamu selera. Yang pasti incik suami ai kata sedap (berani dia komplen tak sedap?…hahahah). Lepas tu, anak-sanak pun suka kari kambing ni. Akak? Mestilah suka bercampur happy jugek…hehehe.

Nanti try lah kari kambing ni tau. Kari magic sebab rasa gulai 😀

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Resipi Kari Kambing Rasa Gulai Versi Mama KIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge