• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Pagi ni belek-belek buku  Senangnya Memasak – Ikan & Makanan Lauk dari Chef Hanieliza. Saje nak cari idea untuk minggu ni punya masakan. Hari ni dah ada menu pun sebenarnya…hehe. Akhirnya mataku berkenan pulak kat menu Ikan Asam Tumis. Memang nampak simple je resipi dia. Jom tengok bahan-bahan dan cara nak menyediakannya.

 

Bahan-bahan Ikan Tumis Asam

 

Bahan A

  • 2 potong ikan tenggiri (dibersihkan)
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji tomato (dipotong 4)
  • minyak masak
  • garam secukup masa

 

Bahan B (Dihiris)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar

 

   

 

Cara Menyediakan Ikan Tumis Asam

  1. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan semua bahan yang dihiris.
  4. Apabila layu sedikit, masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
  6. Sedia dihidangkan.

 

Mudah kan? Senang saya masukkan siap-siap dalam blog ni. Nanti kalau tiba-tiba terasa nak masak, senang nak rujuk kembali. Selamat mencuba juga ye 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

9 thoughts on “Resipi Ikan Tumis Asam Chef Hanieliza Mudah & Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge