• Putrajaya, Malaysia
  • November 22, 2024

Ada nampak macam pelik tak nama resipi kali ni? Siapa perasan? hehehehe…ni nak masak kari ayam kampung ke gulai ayam kampung sebenarnya?

 

Bahan-bahan Gulai Kari Ayam Kampung

  • seekor ayam kampung
  • 1 sudu kecil rempah masak cap bunga ros
  • 2 sudu besar rempah kari ayam/daging
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 1 labu bawang merah besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 hiris halia dikisar/ditumbuk
  • 1 keping lengkuas
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 1/2 kotak santan
  • secubit gula melaka
  • garam secukup rasa

 

 

Cara Menyediakan Gulai Kari Ayam Kampung

1) Ayam dipotong 8-12 bergantung kepada saiz, ayam.

2) Panaskan minyak masak.

3) Tumis bahan kisar/tumbuk bersama cili boh hingga naik bau.

4) Masukkan rempah kari dan rempah masak, tumis hingga garing tapi jangan sampai hangus. Masukkan sedikit air.

5) Masukkan ayam dan gaul rata.

6) Tambah air, garam, gula melaka, santan dan asam keping.

7) Biarkan menggelegak dalam 20 minit atau lebih sehingga isi ayam empuk.

8) Tutup periuk dan kecilkan api paling perlahan dan biarkan selama 10 minit.

9) Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba resipi kari gulai ayam kampung yang hentam keromo tapi disukai ramai ni ye…hihi.

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge