Dah lama betul rasanya saya tak share resipi kan?
Harini saya masak ayam masak merah yang memang favourite anak-anak saya.
Yang nombor 2, Asif memang suka pedas. Abangnya Kashful, dah mula belajar makan pedas. Senang kerja mama macam ni…hehe
Macam biasa, resepi saya simple
Bahan-bahan Ayam Masak Merah
2/3 – seekor ayam
3 sudu besar minyak masak untuk menumis.
Sebiji bawang besar merah blend
2 ulas bawang putih blend
1 sudu besar cili boh
1 keping asam gelugur/asam keping
1-2 cawan air
Sedikit gula melaka, serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Cara Menyediakan Ayam Masak Merah
- Panaskan minyak
-
Tumiskan cili boh dan bawang blend hingga garing.
-
Masukkan ayam dan air.
-
Masukkan asam keping, gula melaka, garam dan serbuk kunyit.
-
Biar mendidih dan kuah menjadi pekat.
-
Rasa dan siap untuk dihidangkan.
Nota: Ayam tu, boleh je gaul sikit garam kunyit dan goreng terlebih dahulu.
Boleh nak tambah serai ketuk dan sos chili serta buah tomato.
Rasai kelainannya.
Selamat mencuba semuanya???
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
ID: 1001144