• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Quote yang sangat bermakna dalam hidup sebenarnya amat penting untuk menjadi sumber inspirasi pada kita. “Kebergantungan Hanya Pada Allah”. Saya suka sangat quote ni.

la tahzan

Kenapa Quote “Kebergantungan Hanya Pada Allah”?

Quote ini sebenarnya nasihat yang suami saya berikan seingat saya sewaktu kami di dalam kapal terbang yang membawa kami ke bumi Uncle Sam sebagai anak rantau. Pada masa yang sama suami juga saya menasihatkan saya supaya kuatkan minda apabila berjauhan dengan keluarga.

Sebagai pasangan pengantin baru, untuk saling menyesuaikan diri dengan pasangan, ditambah pula membina kehidupan berdikari yang jauh dari keluarga dan sanak-saudara, kekuatan mental adalah sangat penting. Banyak perkara baru yang kami pelajari di sana.

Berbalik kepada kisah quote tadi, ianya sangat memberi kesan di dalam hidup saya sewaktu di sana sehingga ke hari ini. Kenapa? Lebih kurang sebulan lebih kami berada di Amerika Syarikat, suami saya telah ditugaskan untuk melawat para pelajar di seluruh negara tersebut. Tugas luar ini memakan masa hampir 2 minggu. Saya tidak mengikuti suami kerana sedang berbadan dua.

Walaupun ada kawan-kawan prihatin yang ajak tinggal bersama, namun saya lebih selesa tinggal di rumah sendiri. Pada waktu ini, memang kami bertawakkal kepada Allah. Dengan suami yang tidak biasa dengan tempat yang perlu dituju secara bersendirian, dan juga saya yang keseorangan di rumah. Alhamdulillah, semuanya selamat dan saya hampir tiada alahan orang mengandung langsung.

Kemudian, sampai pula ke episod kelahiran anak sulung kami, Kashful. Hanya suami yang menguruskan segalanya di hospital. Kami memang tidak mengharapkan kedatangan kedua orang tua kami kerana faktor umur dan kesihatan mereka serta jarak perjalanan yang agak jauh.

Sekali lagi hanya bergantung kepada-Nya. Alhamdulillah, ada pula orang yang pandai mengurut wanita bersalin dan bos suami saya pula dengan senang hati meminjamkan bibik beliau sewaktu 11 hari saya berpantang.

la tahzan

Seterusnya, episod dugaan hebat menjadi anak rantau betul-betul menguji ketahanan jiwa saya apabila mendapat khabar tentang pemergian ayahanda tercinta pada 3hb Januari 2011, sewaktu menjelang subuh hari Isnin. Walaupun mengambil flight paling awal, saya hanya sempat sampai pada waktu subuh, hari ke-3 pemergian ayahanda.

Sekali lagi suami saya recall tentang “Kebergantungan Hanya Pada Allah”. Beliau berkata, inilah maksud yang beliau pesan sewaktu mula-mula dahulu. Minda perlu kuat kerana kejadian seperti ini tidak mustahil berlaku.

Saya redha dan saya bersyukur kerana pemergian ayah saya adalah setelah hampir 2 minggu beliau pulang dari tanah suci Makkah. Tercapai hajat ayahku untuk menunaikan Haji. Salah satu waktu kematian yang diinginkan adalah selepas pulang dari menunaikan Haji dan pada hari Isnin.

Alhamdulillah. Semoga roh ayahanda berada di kalangan para solehin dan dirahmati-Nya sentiasa. Ameeeennn.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya | Hari #11; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge