• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Sebagai seorang yang selalu outstation ekoran tugas seharian, memang tidak dapat lari daripada menaiki kapal terbang. Begitu juga dengan mereka yang sering melancong ke luar negara. Laluan udara adalah pilihan utama yang perlu digunakan. Namun, masalah yang sering dihadapi oleh mereka ni ialah keletihan melampau akibat travel ni.

Ikuti perkongsian daripada wanita yang super busy ini tentang keletihan travel sampai terpaksa mohon MC yang akhirnya telah dapat diatasi dengan mudah oleh beliau.

 

 

Kalau setiap kali travel terpaksa pula mohon MC, mau habis peruntukan MC kita kan? Kerja-kerja hakiki di pejabat pun mesti terabai.

Nasib baik beliau dah temui jalan penyelesaiannya. Dah terlebih cergas lah pula….hehehe

Mesti rasa pelik kan, apsal lah travel naik kapal terbang beberapa jam jer, tapi letihnya mengalahkan orang travel 2-3 hari.

 

Apa Terjadi Pada Tubuh Apabila Menaiki Kapal Terbang

Apabila kita menaiki kapal terbang, kita akan berada pada altitud (ketinggian dari paras laut) yang tinggi. Tekanan udara di tempat tinggi adalah berbeza berbanding di atas permukaan bumi. Pada paras yang tinggi, tekanan udara adalah lebih rendah. Bila tekanan udara rendah, kandungan oksigen juga berkurangan.

Walaupun udara di dalam kapal terbang telah di-depressurize kan sekalipun, ia hanya boleh menyamai tekanan udara pada paras ketinggian 8,000 kaki. Atas sikit daripada Gunung Tahan. Sedangkan cruising altitude kapal terbang pula adalah di antara 25, 000 ke 40, 000 kaki.

Jadi, kalau berada kat luar kapal terbang masa ni, memang tekanan sangat tinggi. Tak terbayang rasanya.

Udara pada paras 8, 000 kaki ni tak sama denga udara yang biasa kita sedut di atas muka bumi. Faktor tubuh kita yang tak biasa dengan oksigen yang kuranglah menyebabkan kita mudah mengalami keletihan dan kepenatan yang melampau apabila travel. Nak adjust bukan senang tau.

Selain daripada itu, faktor kelembapan yang sangat rendah di dalam kapal terbang ni menjadikan kita mudah terhidrasi. Dah kalau lagi kering daripada padang pasir, mana kita tak mudah menjadi lesu, ye tak?

Jadi terjawablah kalau sebelum ni kita duk pening memikirkan apakah sebabnya kita mudah mengalami keletihan dan kelesuan setiap kali travel dengan kapal terbang. Walaupun mungkin sukar nak dielakkan, tapi masalah ini pasti dapat ditangani. Jangan lupa ikuti Tips Kurangkan & Atasi Keletihan Melampau Travel Dengan Kapal Terbang.

 

 

 Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Punca Utama Keletihan Melampau Travel Dengan Kapal Terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge