• Putrajaya, Malaysia
  • November 23, 2024

Masalah haid tidak teratur sering menjadi topik hangat yang dibincangkan di kalangan para wanita. Masalah period yang tidak normal ni boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sama ada gadis, wanita dewasa atau wanita yang telah berusia. Masalah utama period yang tidak teratur ni sangat berkait rapat dengan ketidakstabilan hormon.

 

 

abnormal period

 

Jenis-jenis Gangguan Haid

  1. Terdapat pelbagai jenis gangguan pada satu-satu kitaran haid
  2. Bergantung kepada berapa banyaknya pengeluaran darah haid dalam satu masa
  3. Jangka waktu haid yang berpanjangan
  4. Pendarahan di luar waktu haid seperti selepas bersetubuh
  5. Kesakitan sebelum, semasa dan selepas haid
  6. Kelewatan datang haid
  7. Putus haid

 

Apabila berlaku gangguan haid ni, banyak kesan yang akan menimpa diri wanita tu. Di antaranya ialah moody, cepat rasa nak marah, rasa tidak selesa dan bimbang, stress dan sebagainya. Agak-agak, ada tak di antara kita yang mengalami masalah kesan period tidak teratur seperti wanita di dalam video ni?

 

 

12 Punca Haid Tidak Teratur

1) Kegemukan/Obesiti

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan hormon estrogen di dalam badan mereka. Ketidaknormalan hormon estrogen seterusnya akan menganggu kitaran haid.

 

2) Kehamilan

Apabila hamil, wanita tersebut tidak akan didatangi haid. Ini kerana, ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid yang sebelumnya telah disenyawakan.

 

3) Hormon Prolaktin Yang Berlebihan

Ada masanya kita dapati ada sesetengah daripada golongan wanita yang mengalami kelewatan haid sehingga berbulan-bulan lamanya. Salah satu puncanya ialah tubuh mengandungi hormon prolaktin yang berlebihan yang telah menghalang pengeluaran telur.

 

4) Terlalu Kurus

Bila badan terlalu kurus, bermakna badan kita kekurangan lemak. Akibat lemak yang kurang pun boleh menganggu kitaran haid. Sebab itulah kita perlu memastikan agar berat badan kita ni ideal, sihat dan seimbang.

 

5) Masalah Kesihatan

Kitaran haid juga boleh terganggu apabila kita menghidapi sakit secara tiba-tiba seperti demam dan selsema atau penyakit yang memerlukan rawatan intensif. Keaddan ini akan beri tekanan fizikal pada tubuh dan menganggu kestabilan hormon.

 

6) Menapous

Menapous biasanya berlaku kepada wanita lewat 40-an. Bermula dengan haid yang semakin sedikit, seterusnya yang jarang-jarang berlaku.

 

7) Pencegah Kehamilan

Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah kehamilan seperti depo-provera atau implanon boleh menganggu kitaran haid kerana ia melibatkan hormon. Pernah juga terdapat kes, seorang wanita yang langsung tidak didatangi haid sepanjang tempoh menggunakan implanon.

 

8) Stress & Tekanan

Stress dan tekanan boleh berlaku di dalam bentuk fizikal dan mental. Stress yang berlaku tidak kira di rumah atau di tempat kerja akan mempengaruhi hormon sekaligus kitaran haid.

 

9) Penyusuan Badan

Bagi ibu yang menyusukan badan secara eksklusif, hormon di dalam badan ibu tersebut akan lebih menyediakan badan untuk penghasilan susu. Kalau nak tahu, terdapat sesetengah di kalangan ibu yang menyusukan bayi mereka tidak didatangi haid selama 1 hingga 2 tahun.

 

10) Tersilap Pengiraan

Didapati kira-kira hampir 40% wanita yang gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jadi ini boleh menyebabkan jumlah hari dalam satu-satu kitaran haid adalah tidak tepat antara 28-35 hari.

Keadaan ini boleh menyebabkan kitaran haid lebih panjang untuk sampai ke hari subur. Sekaligus menyebabkan berlaku kesilapan menganggarkan kedatangan haid yang berikutnya.

 

11) Masalah Tiroid

Hormon yang dirembeskan oleh kalenjar tiroid boleh menyebabkan berlakunya gangguan terhadap hormon badan. Seterusnya turut menganggu kitaran normal haid wanita.

 

12) Ubat-ubatan

Selalunya kitaran haid wanita juga boleh terganggu akibat pengambilan jamu tradisional, ubat kurus atau ubat-ubatan penyakit kronik.

 

Ketahui juga 14 Tips Merawat Haid Yang Tidak Teratur Secara Semulajadi.

 

Oleh yang demikian, kenalpasti terlebih dahulu punca masalah kitaran haid kita kalau ada. Baru senang nak rawat atau tangani masalah tersebut. Takdelah kita nak risau atau buntu tak bertempat dengan masalah sejagat ni.

 

 

 Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “12 Punca Masalah Haid Tidak Teratur Yang Sering Melanda Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge