• Putrajaya, Malaysia
  • December 3, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Anda buat apa setiap kali hujung minggu? Harini kebetulan saya berpeluang join picnic di Taman Tasik Shah Alam bersama leaders iReach.

 

Ni sebenarnya aktiviti santai, bukan serius dan formal bagai. Aktiviti bersama family cam sokmo-sokmo tu 🙂

 

image(8)

 

Kebanyakan yang join ni adalah kaum ibu. Jadi bapa yang sudi datang memberi sokongan tu, tolong jagakan anak-anak. Layan jer diaorang main playground yang boleh tahan besar gak.

 

 

image(1)

 

image(6)

 

Walaupun program ni program santai, namun borak kami, borak berisi tau. Selain hal-hal tentang kehidupan, ada juga diselitkan tentang perjalanan bisnes Shaklee ni. Di antara tips dan outcome yang dikongsikan ialah:-

 

1) Niat

Betulkan niat kita join bisnes Shaklee ni. Kita tahu Shaklee adalah produk yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam. Niatkan untuk berkongsi kebaikan dan yang paling penting menolong seramai mungkin orang di luar sana yang mempunyai masalah kesihatan dan kewangan.

 

2) Blog

Bagi yang ada blog, updatelah blog sokmo – sentiasa :). Jadi dapat bantu orang dapatkan maklumat terbaik untuk info kesihatan yang mereka cari.

 

3) Ahli Shaklee

Galakkan orang menjadi ahli Shaklee walaupun untuk makan sendiri sebab penjimatan yang diperolehi adalah agak besar iaitu antara 20-25%, lagipun berpeluang dapat benefit lain seperti 3C.

Perkara ni berbalik kepada perkara pertama tadi gak, secara tak langsung, kita menolong orang lain dapat the best value untuk wang mereka.

Kalau nak bisnes tu, kira lain cerita lah. Kene buat cerita panjang lah pulak.

 

4) Amalan Rohani

90% adalah doa dan pengharapan pada Allah, 10% adalah usaha kita. Tapi jangan salah faham, ni bukan bermaksud usaha perlu sikit jer. Ini adalah gambaran yang menunjukkan dalam apa-apa perkara, semuanya hanya berlaku dengan izin Allah.

Jadi, jaga hubungan dengan Sang Pemilik Dunia ini terlebih dahulu, usaha yang bersungguh-sungguh perlulah seiring.

 

image(13)

 

image

 

Tu baru 4 perkongsian. Banyak lagi tips yang diberikan. Memang seronok sebab contoh tu semua boleh diaplikasikan di dalam kehidupan harian kita.

 

Memang tak rugi join aktiviti sebegini. Kalau ada rezeki,insya Allah saya akan join lagi aktiviti anjuran team iReach ni.

 

Terima kasih 🙂

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Picnic Bersama iReach Ohsem Penuhi Aktiviti Hujung Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge