Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Telur ayam ni kalau takde kat pasaran, mau huru-hara jadinya. Setiap hari telur digunakan, tidak kira dalam industri pembuatan makanan, salun, kraftangan (kulit) dan sebagai menu di rumah.
Pernah tak anda tersilap pilih telur yang tidak elok atau orang Terengganu panggil sebagai “telur temelang”? Eiiiyarkk, mesti bau telur tu pun boleh buat anda rasa nak muntah.
Namun, tahukah anda cara memilih telur yang baik dengan mudah?
Caranya mudah sajer, ambil sebiji telur, goncangkannya. Sekiranya anda dapat rasa seperti benda tergoncang kat dalam telur tu, ini bermakna telur tersebut tidak elok. Jika tiada sebarang rasa, bermakna telur tersebut elok.
Mudahkan? Terima kasih pada mak saya yang selalu kasi tips dan petua masakan.
Kalaupun tak guna telur 1 dozen sehari, tapi sekurang-kurangnya terselamat dari bau dan telur yang rosak.
Terima kasih 🙂
.
Terimakasih bagi tips..kdg2 tk tahu telur tu dah tak eluk terus pecahkan dalam kuali..nahhh!! busuk terpaksa buang semua rencah..
kak Ida recently posted…Hidup dalam sampah!!
Sama2, semoga bermanfaat 🙂
Leceh kan kalau terpaksa buat rencah balik…
kalau terkena telor tembelang habis bau sampai jiran sebelah. bagus tip ni.
Denaihati recently posted…Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur
Tip yang simple lagi mudah, setakat ni Alhamdulillah menjadi 🙂
Terima kasih info tentang membeli telur..
Selalu tahu beli je..hihih..
bila smpi rumah mesti ada yg kena telur busuk..
Tq sekali lagi..
Anie recently posted…RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI
Sama2, sadis kan kalau dapat telur rosak? huhu