• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Perkara yang membuatkan saya tercabar apabila saya diberikan cabaran atau tugasan, tambahan pula kalau diberikan jumlah atau tempoh tertentu yang perlu disiapkan. Salah satunya ialah  Cabaran 30 Hari Entry ini sendiri.

 

cabaran - challenge

Walaupun pada peringkat awal saya berasa sedikit hilang semangat, namun mengenangkan yang saya menyertai cabaran secara serius, bukan suka-suka, maka saya teruskan juga cabaran ini. Sekarang saya hampir 60% menyiapkan cabaran ini.  🙂

 

cabaran - challenge

Saya juga rasa tercabar apabila orang mempertikaikan kebolehan dan kemampuan saya. Sebagai seorang manusia yang lemah, memang tidak kita jangkakan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Apa-apa pun, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Walaupun orang mempertikaikan kebolehan saya, namun saya akan buktikan yang saya mampu laksanakan perkara tersebut. Kalau tak cuba, macam mana nak tahu kita mampu ke tak kan?

 

Sebenarnya, seperti orang lain, saya turut rasa tercabar apabila ada di antara ahli keluarga yang diperlekehkan atau dilayan dengan tidak sepatutnya.

 

Walaupun perasaan marah dan geram tetap muncul, namun saya lebih suka menukarkannya sebagai sesuatu yang berbentuk cabaran. Cabaran untuk membuktikan kata-kata tersebut tidak benar. Saya akan gunakan kejayaan saya untuk membuatkan mereka sedar.

 

Pada saya, cabaran sebenarnya agak penting dalam sesebuah kehidupan kerana ianya boleh menjadi push factor agar kita terus bersemangat untuk mencapai target dan impian yang telah direncanakan.

 

Dengan push factor, kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Tukarkan perkara negatif kepada positif, masalah kepada cabaran. Pasti kejayaan yang menanti.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #19: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge