Perkara terbaik yang berlaku kepada saya pada minggu ini ialah dapat memandu kereta.
Hahaha…iyer-iyer jer kan? Mestilah, sudah lama saya tak memandu, tup-tup suami saya suruh drive kereta. Walaupun hanya drive kereta MyVi, tetapi bagi saya yang sudah lama jadi ‘mem’ besar ni, harulah juga.
Seingat saya, kali terakhir saya memandu ialah 2 tahun lepas. Tahun 2012 tapi terlupa pulak tarikhnya. Masa tu, sewaktu pulang daripada kerja, suami yang jemput saya. Suami offer suruh drive. Biar betul, kereta sedan belah kiri tu. Dah la seingat saya, last saya test drive sebelum tu Disember 2011 atau Januari 2012 gitu. Masa tu naik Waja manual. Yang kereta sebelah kiri sedan tu, saya berani pandu sebab automatik.
Sekali lagi saya drive kereta sedan belah kiri tu dari Putrajaya ke Dengkil. Mesti suami berdebar-debar jugak tu. Siapa suruh pandu kereta on the spot kan? hahahaha…
Masa ni kene juga hon sekali sebab saya tidak perasan ada kereta yang nak masuk susur kiri. Blind spot sebab tak biasa dengan pemanduan sebelah kiri ni. Tapi Alhamdulillah, selamat juga sampai.
Baru-baru ni, kene lagi pandu kereta on the spot. Masa nak masuk kereta tu, suami dah siap-siap duduk kat bahagian penumpang. Jadi dah sah-sah lah saya kene drive.…huhu
Kalau ikutkan suami, beliau kata, saya boleh memandu, cuma kurang biasa dengan jalan. Kene lebih praktikkan lagi cara nak baca keadaan jalan serta kenderaan yang lalu-lalang.
Sebenarnya, saya tak berapa confident sangat dengan kedudukan saya kat jalan tu. Mesti selalu tanya suami, saya dah berada dalam kedudukan yang betul atau tidak. Bimbang termakan jalan orang.
Padahal, suami dah ajar pun cara nak tengok line jalan, side mirror dan sebagainya. Kalau lalu lori besar kat sebelah, lagilah rasa macam nak kene himpit jer….hahaha…mungkin sebab belum terbiasa lagi.
Tapi bila dah boleh parking dan masuk balik ke halaman rumah, baru terasa lega.Alhamdulillah selamat sampai.
Kalau ikutkan, memang lagi senang jadi “mem” besar ni kan, tapi pandai memandu pun penting juga terutama sewaktu tinggal bersendirian atau berlaku kecemasan. Lagipun senang nak hantar anak ke tadika nanti.
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
oh akak xbiasa drive ke? xpe practice make perfect!
akak…sy lupa la kat mana entri yg last komen aritu..hehe….
nama asal ciktom- nur fatihah… cousin panggil tiha je.. tp blog tu mmg ciktom xdisclose kat saudara mara lg setakat ni…diorg xtau..kalau famili ciktom sdiri dah tau..hehe…
cik tom recently posted…Memori Bersama Yeoâs Dulu, Kini Dan Selamanya………..
Hahaha…patut ler bila akak tanya lynn pasal blog ciktom dia cam blur jer..
Raya Cina baru2 ni lynn balik kan? Tp xdan nak jumpa, jadual xbertemu.
Borak2 tu kat entry Brunei 🙂
Aah. Lama dah tak drive tp lesen renew tiap 5 thn sokmo…