Minggu lepas kami sekeluarga telah bercuti di Kuala Kangsar. Sebenarnya percutian ni adalah pencutian yang tidak dirancang, berlaku on the spot gitu.
Kisahnya, Sabtu lepas, sebaik sahaja menunaikan solat Zohor, suami saya ajak jalan-jalan ke sebelah utara. Saya terus cadangkan untuk ziarah keluarga Kak Puteri dan En. Mee. Plan asalnya nak pergi beli barang basah kat pasar borong Selayang, tapi telah bertukar kepada percutian plak 🙂
Sebenarnya kami memang dah lama berniat nak ziarah Kak Puteri dan En. Mee sebelum ini, namun masa jer yang tak mengizinkan untuk bercuti. Kebetulan lepas raya haritu, 3 hujung minggu berturut-turut kami berulang-alik ke kampung sebab ayah mertua saya kurang sihat. Sekarang ni dah Alhamdulillah.
Tak sangka pula bila kita tak merancang, menjadi lah pulak…hehehe. En. Mee ni adalah orang pertama yang saya jumpa sewaktu kami touch down di Lapangan Terbang Dulles, Amerika Syarikat pada 29 Mei 2008 dulu. Beliau merupakan rakan sekerja suami saya di Kedutaan Malaysia di sana.
Lepas en. Mee jemput kami, beliau bawa kami ke rumah beliau di Virginia. Di sana, kami dijamu dengan nasi lemak oleh Kak Puteri, Alhamdulillah, terubat rindu masakan tanah air sekejap. Sekarang ni mereka tinggal di Taman Sri Chandan, Kuala Kangsar. Berdekatan sangat dengan Istana Iskandariah dan Masjid Ubuddiah.
Kitaorang sampai sana dalam pukul 8 malam lebih. Masuk jer rumah mereka, wahhhh, cantiknya. Rumah pusaka yang telah diubahsuai ala-ala Inggeris gitu. Tak puas saya layan setiap sudut rumah mereka ni. Walaupun rumah mereka sederhana besar, tapi susun aturnya sangat menarik.
Tempat Menarik Di Bandar DiRaja, Kuala Kangsar, Perak
Keesokannya sementara menunggu tamu en. Mee dan kak Puteri datang, kami dibawa melawat sekitar Kuala Kangsar serta beberapa tempat menarik seperti Masjid Ubuddiah, Makam DiRaja, Istana Iskandariah, istana lama yang dah jadi Muzium Diraja Perak dan Sungai Perak (Kangsar).
Menambah Kenalan, Meraptkan Ukhwah
Lepas tu kembali ke rumah mereka dan menunggu ketibaan tetamu yang berasal dari Terengganu. Geng satu negeri ambe :). Tetamu mereka ialah Tuan Haji Mohd Dan dan Kak Ros (alamak, saya lupa nama penuh) serta rakan mereka Tuan Bahrain dan Kak Ani (hehehe…lupa nama penuh gak).
Yang tak sangka tu Tuan Haji dan Kak Ani, ni dah berpangkat Dato Datin tapi orangnya so humble dan cool. Marah kita panggil pangkat-pangkat ni. Tulah kan, orang kaya bertambah tawaduknya, jangan pula kita yang kurang kaya, meninggi sombongnya ye.
Pengalaman Menarik Di Kebun
Lepas tu, kitaorang semua pergi ke kebun en. Mee. Kat sana diaorang buat bangsal ala-ala rumah. Siap ada tandas, TV, dapur dan barangan elektrik serta kelengkapan rumah yang lain. Macam rumah betul gitu, cuma masih dalam fasa penyambungan.
Kat kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan tapi bukan musim dia lagi. En. Mee bagitau, nanti dah musim durian beliau nak panggil kitaorang. Durian yang ada ni nama dia Durian Udang, lagi best dan tinggi gred dia berbanding Musang King. Wahhhh, bestnya, akan kutunggu saat itu!!!
Lepas tu kami dijamu dengan cempedak kebun goreng serta laksa kuala. Best!!! En. Mee nak beli cendol yang sedap kat situ tapi kebetulan hari Ahad kot, kedai cendol tu tutup. Takpelah, takde rezeki lagi makan cendol. Kalau nak tahu, laksa kuala dan cendol ni adalah signature kat sini.
Dah petang tu, kitaorang balik rumah en. Mee dan Kak Puteri. Lepas Isyak, kitaorang bertolak balik ke Putrajaya dengan perasaan yang happy sangat. Mungkin sebab niat nak menziarah, Allah besarkan lagi ukhwah kami kenal dengan orang-orang baru serta dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik walaupun dalam waktu yang agak singkat.
Seronok tau Kuala Kangsar. Saya suka suasana dia sebab tenang dan tak sibuk macam KL. Oppss, orang kat KL jangan marah 😛 Maksud saya, Kuala Kangsar ni adalah salah satu tempat yang best untuk dilawati serta kalau nak tenangkan fikiran. Jom ler ke Kuale!
En. Mee dan Kak Puteri, terima kasih di atas hospitality. Seronok kami dapat berjumpa dan bercuti di sana. Semoga Allah sentiasa menggandakan rezeki serta rahmat-Nya buat akak sekeluarga.
Ingin mencuba produk Shaklee atau mendaftar ahli Shaklee?
Hubungi saya segera 🙂
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
memang puas berjalan-jalan kalau macam nih..
titan recently posted…Banyak juga sales dari Lazada ni rupanya.
Memang pun, cover tempat prnting dalam masa tak sampai sejam, paling lama makan2 kat kebun, heaven sungguh…kiki
Seronok baca artikel ni..terhibur sangat haaa…semoga ukhwah terbina ini trus bertahan sampai bila-bila..insyaAllah…
Hafizul recently posted…Sport Check Telefon Suami
InshaaAllah, tumpang happy ada orang suka baca. Ni boleh jadi sebab rajin lagi update blog 😛