Sekarang ni banyak kes penyakit degeneratif seperti strok, jantung, darah tinggi, diabetes, gout, jantung dan sebagainya mula menyerang orang-orang muda.
Penyakit degeneratif ni, nak senang faham ialah penyakit yang sepatutnya berlaku apabila badan dah menjadi tua.
Tapi sejak kebelakangan ni, banyak betul kes kematian mengejut golongan sekitar usia 30-40-an yang dipaparkan.
Bagaimana Penyakit Kronik Berlaku?
Secara semulajadinya, tubuh kita memang menghasikan radikal bebas dan reactive metabolite hasil daripada aktiviti sel, metabolisma tubuh kita dan sebagainya.
Tapi, pada masa yang sama juga, tubuh kita memang mempunyai mekanisma antioksidan untuk menyingkirkan semua benda yang tak diperlukan oleh tubuh kita tu.
Tapi pada zaman sekarang yang serba nak cepat ni, dengan pemakanan yang tak sihat, gaya hidup pun tak berapa nak ok sampai takde life, dengan pencemaran yang pelbagai bentuk telah menjadikan penghasilan radikal bebas dan reactive metabolite menjadi tidak terkawal.
Bila dah terlampau banyak sangat kandungan radikal bebas dan reactive metabolite ni, jadi mekanisma perlindungan tadi tak dapat lah nak bendung.
Maka terjadilah oxidative stress.
Bila dah jadi keadaan macam ni, radikal bebas yang dah mengganas tadi akan curi elektron daripada sel tubuh kita yang sihat.
Bila sel sihat kehilangan elektron, ia akan menjadi lemah dan akhirnya akan mati.
Ibarat kita tanam padi, padi tu dah masak ranum. Kita letak 10 perangkap tikus, tapi tikus yang datang menyerang yang ntah dari mana-mana ntah adalah dalam 100 ekor. Datang pula dari segenap sudut sawah tu.
Mana tak rosak semua pokok padi tu kan?
Silap haribulan, dengan perangkap tikus tu sekali terbalik.
Apoptosis vs Necrosis
Sel-sel kita sememangnya akan mati secara semulajadi. Bila mati secara normal, ia akan beri ruang kepada sel baru yang sihat untuk terhasil. Istilah ni dikenali sebagai apoptosis.
Sebaliknya, apabila berlakunya serangan dasyat daripada radikal bebas (ekoran oxidative stress), maka sel tadi ibarat dibunuh. Maknanya mati sebelum masanya. Lepas tu kekal kat situ membusuk dan memburuk. Kematian sel cara macam ni dikenali sebagai Necrosis.
Masa inilah berlakunya penyakit-penyakit kronik.
Sebab tulah, sel kita sekarang ni perlukan perlindungan yang lebih dengan bahan-bahan antioksidan.
Salah satu cara mudah nak dapat antioksidan adalah melalui Vivix.
Vivix ni mengandungi resveratrol yang merupakan sejenis antioksidan.
Gabungan polifenol di dalam Vivix menjadikan resveratrol yang ada 10x lebih berkuasa.
Untuk mencegah dan membantu masalah penyakit kronik ni, cubalah amalkan Vivix mulai sekarang.
Dapatkan sebotol Vivix untuk diri sendiri dan sebotol lagi untuk insan tersayang.
Boleh order sendiri twinpak Vivix dengan klik pada ikon:-
Boleh hubungi saya kalau nak lebih untung dengan whatapps di nombor 019-9377380 atau klik terus pada pautan https://goo.gl/JXQ3bC.
Semoga asbab berikhtiar dengan Vivix, Allah izinkan agar kita terhindar daripada penyakit kronik atau mempunyai taraf kesihatan yang lebih baik.
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144