• Putrajaya, Malaysia
  • November 22, 2024

Bell’s Palsy ni adalah kelumpuhan sebelah muka tetapi bukanlah disebabkan oleh strok, barah otak atau penyakit Lyme. Orang muda-mudi sekarang ni pun ramai yang dah diserang dengan penyakit ini. Serangan secara tiba-tiba boleh menyebabkan perubahan mendadak pada emosi, sikap serta cara hidup pesakitnya.

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang Info Penyakit Bell’s Palsy serta Cara Merawat Bell’s Palsy ni. Penyakit ni memang mengambil masa yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya. Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi para pesakit Bell’s Palsy mengamalkan penjagaan diri khas sepanjang mengidap penyakit ini.

 

Penjagaan Diri Bagi Pengidap Bell’s Palsy

 

1) Rehat

Rehat adalah antara perkara yang sangat penting bagi pesakit Bell’s Palsy ni. Penyakit ni memang tak diketahui puncanya yang sebenar. Dalam keadaan sihat walafiat dan tak mengalami sebarang penyakit seperti demam pun boleh terkena.

Namun, ada sesetengahnya dipercayai berpunca daripada stress. Stress ni kan adalah antara sebab utama kita boleh sakit. Malah Prof Dr. Muhaya pun pernah menyatakan yang 75% daripada penyakit berpunca daripada emosi yang tidak sihat.

Semasa rawatan dijalankan, badan memang akan terasa letih lesu dan lemah, sebab itulah rehat yang mencukupi sangat penting. Perlu banyak-banyak berehat.

 

2) Mulut/Gigi

Selain daripada rehat yang mencukupi, penjagaan mulut atau gigi pun tak kurang pentingnya. Ini kerana pipi tak boleh bergerak, jadi senang makanan nak melekat. Kekerapan melakukan pemeriksaan gigi akan menjadi lebih berbanding biasa, contohnya setiap 3 bulan sekali.

 

3) Mata

 

simptom dan punca bell's palsy

Penjagaan mata ni sangat-sangat penting kerana mata tak boleh ditutup, maka risiko untuk mata menjadi rosak adalah sangat tinggi. Apabila tidur, pakaikan atau tutup mata dengan surgical tape, lepastu pakailah penutup mata.

Sentiasa melakukan pemeriksaa mata. Doktor perlu periksa sama ada pesakit mempunyai scarring atau tidak.Scarring ni sangat bahaya tau. Kalau pemeriksaan di DEMC, bayaran untuk sekali lawatan boleh mencecah RM 200-300 bergantung kepada rawatan yang dilakukan.

Seseorang yang bekerja dalam air cond serta menggunakan komputer perlu lebih alert dengan penyakit ni. Diseabkan mata tak boleh berkelip, jadi mata cepat kering.

Dalam kes ni, doktor selalu menyarankan untuk menitiskan eyedrop  (contohnya jenama Alcon) untuk setiap beberapa minit. Lepa situ, kelipkan mata secara manual.

 

4) Telinga

Sewaktu terkena Bell’s Palsy, telinga pesakit boleh menjadi teramat sensitif dengan bunyi.

Maka, boleh gunaka earplug bagi mangatasi masalah ini.

 

Sememangya rutin harian pesakit Bell’s Palsy akan berubah sepenuhnya. Namun pesakit perlu tabah, kuat semangat dan konsisten menjaga diri agar penyakit Bell’s Palsy ni dapat sembuh dengan lebih cepat lagi.

 

Hubungi saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat perkongsian ya 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

9 thoughts on “Penjagaan Diri Pesakit Bell Palsy Agar Tidak Memudaratkan Kesihatan

  1. Assalam naimah..sorry lama x singgah sini. Bell palsy! Ingatkan nama org rupanya sejenis penyakit baru tahu thaks sharing

    Psst! Emal alamat ke JM sekali lg boleh? Ole2 dh ada bila nk tulis alamat..adus mana lak alamatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge