• Putrajaya, Malaysia
  • November 21, 2024

Tawaran yang diterima oleh tunang saya untuk bertugas di Amerika Syarikat pada awal tahun 2008 yang lalu telah mengubah sedikit-sebanyak perjalanan hidup kami. Pada mulanya, majlis perkahwinan yang dirancang diadakan pada bulan Ogos telah dipercepatkan kepada bulan Mac.

Walaupun agak rushing dan hampir setiap hujung minggu saya dalam keadaan yang agak sibuk dengan persiapan untuk perkahwinan, namun Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

 

Permulaan Pengalaman Hidup Sebagai Pasangan Suami Isteri Di Perantauan

Pada 29 Mac 2008, selamatlah kami diijabkabulkan. Penerbangan ke sana sepatutnya pada bulan April, tapi memandangkan ada dokumen yang terlibat masih dalam proses pada waktu tersebut, maka tarikh penerbangan ke sana telah diubah kepada 29 Mei 2008.

Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS) daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Taiwan selama 5 jam. Transit di sana selama 2 jam. Kemudian penerbangan diteruskan ke Los Angeles (LA) selama 16 jam. Transit lagi di LA selama 9 jam. Seterusnya dari LA, terbang ke Lapangan Terbang Dulles selama 6 jam.

Perjalanan dan transit memakan masa hampir 38 jam. Memang satu pengembaraan yang panjang. Kalau travel dengan anak-anak kecil, mesti lagi mencabar.

Sampai di Dulles airport, kami disambut oleh Encik Azmi, rakan sepejabat suami di sini. Beliau membawa kami singgah di rumah beliau terlebih dahulu.

Yang bestnya, kami dijamu dengan nasi lemak. Alhamdulillah, terubat rindu yang baru bertaut pada keluarga dan tanah air.

Sebelah petang tu, kami dibawa ke hotel di Oakwood, Vienna, Virginia. Hotel ala-ala apartment satu bilik yang lengkap peralatan dapur, mesin basuh dan peti sejuk, microwave dan mesin pengering baju. Kira sangat selesa rasanya.

Hampir sebulan juga kami kat hotel tu sebelum masuk ke rumah sendiri di kawasan berdekatan. Rumah kami dipanggil town house. Rumah 3 tingkat, dalam 4-5 rumah satu blok. Jiran-jiran pun kebanyakkannya orang luar. Ada dari Arab, Korea dan lain-lain negara.

Sebelum berlepas ke sini, ada juga kebimbangan di hati sesetengah ahli keluarga dan kenalan tentang layanan masyarakat setempat. Tetapi semuanya lenyap sama sekali dengan kemesraan yang ditunjukkan.

Antara perkara yang saya sangat kagumi adalah akhlak dan sikap (attitude) masyarakat di sini.

Salah satu yang paling ketara ialah sikap sewaktu di atas jalan raya. Pejalan kali memang terasa bagaikan raja di jalan raya. Katakan kita berada di hadapan pasar raya dan ingin melintas, memang semua kenderaan akan segera memberi laluan. Ibarat seperti tak perlu nak toleh kiri kanan, boleh terus jalan. InsyaaAllah selamat nak melintas.

Kalau nak dibandingkan di negara kita, pejalan kaki yang berada di lintasan belang (zebra line) pula yang terpaksa memberi laluan kepada kenderaan yang sedang lalu-lalang.

Kalau berada di atas jalan raya, mereka sangat bertolak ansur dan mematuhi peraturan jalan raya. Mengikut giliran apabila berada di simpang yang tiada traffic light.

Ibarat kata pepatah, akhlak Islam dan budaya timur yang boleh dijumpai di barat gitu. Bukanlah ingin mengagungkan mereka tapi ambil mana yang positif, apa salahnya kan?

Jangan lupa juga terjah entry saya tentang Pengalaman Memetik Buah Peach & Ceri serta Pengalaman Bersalin Anak Pertama Di Luar Negara.

Tawaran untuk suami bertugas di luar negara ni bagaikan mendapat tiket honeymoon gitu. Tapi honeymoon yang panjang, sampai 3 1/2 tahun, hehehe.

Apa yang paling berharga ialah kami belajar hidup berdikari selepas berkahwin. Jauh daripada keluarga serta tanah air. Hidup di perantauan betul-betul membentuk jiwa menjadi lebih kuat, kental dan bergantung pada-Nya.

Alhamdulillah dengan secebis kenangan dan pengalaman yang sentiasa terpahat di hati. Semoga dikurniakan rezeki untuk ke sana lagi. Tapi kalini sebagai pelancong pulak. Baru best nak layan feel tu, ameen.

Rakaman Memori Indah Sewaktu Berada Di Luar Negara

Jom layan gambar-gambar kenangan saya kat sana. Sengaja ingin saya abadikan di dalam blog ni agar ianya kekal menjadi kenangan terindah.

 

Sewaktu majlis akad nikah pada 29 Mac 2008

 

 

3 hari lepas nikah dah masuk pejabat. Memang pekerja contoh…hehehe, padahal dah takde masa nak cuti lama-lama.

 

Musim Luruh pertama di US. Shenandoah National Park

 

 

Outstation ke New York

 

 

Raya pertama di perantauan, bertemankan teman-teman seperjuangan. Gembira dalam kerinduan.

 

 

Suprise Birthday Celebration By JPA Big Boss & Team. Thanks semua. Sangat terharu. Masa ni dalam pantang anak sulung. Merekalah orang kuat yang banyak tolong semasa berpantang. Thanks again!

 

 

Breastfeeding journey. Alhamdulillah diberikan rezeki menyusukan anak selama 2 tahun lebih.

 

Raya Tahun Kedua di US tapi pertama kali raya bertiga bersama orang baru 🙂

 

 

Open house raya di rumah big boss JPA, Puan Ruziah Shafei. Bibik sangat terror dan rajin masak, pizza, roti, macam-macam jenis nasi, laksa, mee dan sebagainya, semua homemade. Memang terbaik!

 

 

Student yang belajar di US yang datang beraya di rumah.

 

 

Open house sana sini. Bersama Encik Azmee.

 

Boston Pearl Harbor.

 

Musim bunga dengan tema pinky ladies. Cherry Blossom di Tidal Basin, Washington DC.

 

 

Punyalah dah lama teringin nak naik mende alah ni, kat US juga tercapai hajat…..hehehe Alhamdulillah.
Musim panas berkampung di ladang pumpkin. Kemudian pergi petik buah epal di ladang pulak.

 

Musim panas memang sesuai kalau nak piknik sana-sini.

 

Boston

 

 

 

 

Musim sejuk tahun ke-2 di US. Ribut salji yang agak tebal selepas 100 tahun. Lepas gian ni…hehehe. Salji tahun pertama hanya boleh tengok di balik tingkap jer sebab sedang berpantang anak sulung, Tapi masa tu salji tak tebal mana.

 

 

Anak tak mahu masuk rumah, mamanya yang kebekuan…grrrrr

 

Snow at Niagara Fall. Air sungai daripada air terjun Niagara Fall masih membeku.

 

 

 

Model musim salji.

 

 

Persembahan kebudayaan daripada anak-anak PERWAKILAN sewaktu kunjungan Perdana Menteri dan isteri ke Washington DC. Masa ni dilantik menjadi Ketua Biro Kebudayaan. Banyaknya pertolongan Allah kepada hamba-Nya yang kurang expert bab-bab kebudayaan ni.

 

 

Sangat teruja apabila mendapat komen positif mengatakan persembahan kali ini antara yang pertama kali sehebat itu serta best sangat. Tetamu semua terhibur dan turut sama teruja.

 

 

Bersama PM Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Duta Malaysia di DC, arwah Dato’ Seri Jamaluddin Jarjis dan isteri, Datin Seri Kalsom, jurulatih tarian, Akok, jurulatih nyanyian, Puan Mariam Ashaari (Kak Yam) dan anak-anak PERWAKILAN. Tidak dilupakan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

 

 

Program THIS di Kedutaan Malaysia bersama wakil dari negara lain.

 

Ladies Night PERWAKILAN WDC. Melaram sekali-sekala…kiki. Ni bersama jiran sehati sejiwa, Nazlyn Rosli.

 

 

Tak sangka den boleh menang Best Dress. Bertingket-tingket hadiah, macam kain yang den pakai.

 

Sangat teruja bila jumpa buah tempatan kat US. Mahal pun tak kisah dah. Tak silap USD 4/KG. Ni kat Supermarket Korea. Buah rambutan dari Mexico.

 

Jangan tak tahu, sate pun ada di US ye. Siap ada orang request nak sate part daging peha ayam. Ni tak termasuk lagi nasi dagang, keropok lekor, cik mek molek, bla bla bla….macam-macam ada…

 

Makan-makan kat rumah kenalan dari Brunei. Terima kasih tuan rumah, Dina A. Karim. Sebelah kiri tu geng Malaysia, Ina.

 

Thanks Dina buat farewell untuk saya dan Kak Lily. Enjoy sangat masa hi-tea ni. Dari kiri: Kak Norly, Kak Nor Normah, Puan Aminah (Brunei), Puan Hamimah (Brunei), Aunty, Puan Su, Den, Kak Lily, Ennie, Kak Ann, Lynnz, Zeehan, Ina, Amal, Dina

 

 

Kashful bersama geng-geng car seat, hehehe. Adik (Aqryf), Kashful, Abang (Arqyn) dan Ariz.

 

Rasa macam nak tempek semua gambar kat sini mengenangkan hard disk yang save kebanyakan gambar tahun-tahun terawal di US dulu dah crash. Memang sayang sangat. Harap-harap gambar sewaktu sebelum bertolak ke US serta yang dah hilang tu dapat dicapai kembali.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

13 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Ke Luar Negara Menjadi Memori Terindah

  1. As salam..

    sonoknya baca pengalaman org merantau ke luar negara.. husband saya suh jugak saya apply bertugas kat luar negara tapi saya tak mau..takut tak boleh nak sesuaikan diri..kalau melancong, okey kowt..sbb sekejap2 je..heeee
    Fieza Sani recently posted…Salam AidilAdha 1436HMy Profile

    1. Waalaikumussalam,
      Kalau ada peluang, pergi je. InsyaaAllah, nanti kita akan dapat sesuaikan diri. Cari maklumat dan bertanya dengan orang yang betul, pasti jadi lebih mudah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge